Hanya
ketika Umno terasa letih dan lemah barulah mereka mahu berkawan dengan
parti lain termasuk PAS, namun setelah senang kawan pun akan ditendang
keluar.
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, beliau antara pemimpin yang menyatakan persetujuan untuk bersama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1973 ekoran berlaku darurat 1969.
“Kita pernah makan nasi sedulang dengan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Umno lain ketika itu, namun tahu-tahu selepas itu PAS ditendang keluar daripada BN.
“BN ni memang jahat, waktu mereka letih barulah hendak cari kita dan bila sudah senang mereka tendang kita keluar,” katanya pada ceramah di Kampung Geting, sempena kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, ketika hendak bersama Umno dalam BN, PAS menghadapi masalah dalaman sehingga wujud serpihan PAS, Bebas Bersatu.
Begitu juga kata beliau selepas Umno lemah pada PRU 2008 dan PRU 2013, mereka datang lagi hendak berkawan dengan PAS.
“Tetapi kita kena ingat Nabi Muhammad SAW mengajar dalam satu lubang janganlah jolok sampai dua kali,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.