Followers

Tuesday, September 30, 2014

UG: Pengamatan Tulang Besi

 
Entah betul atau tidak kita sendiri pun dikurniakan otak untuk mengingat dan menilai.
  Kita dikurniakan mata dan ilmu untuk membaca Dikurniakan telinga untuk mendengar 
Satu yang aku hairan (bukan mengada-ngadakan cerita) kenapa Hadi sendiri tidak pernah berikan pencerahan atau menafikan apa yang telah dia kata yang menyakitkan hati kawan. Tetapi orang lain pula yang beriya-iya menangkis serangan balas akibat peluru yang dihamburkan Hadi
Pernahkah korang dengar atau baca mana-mana serangan balas yang dilakukan pihak yang tidak setuju dengan Hadi ditangkis sendiri oleh Hadi? (kalau aku salah tolong betulkan)
Korang jangan pula tuduh aku serang Hadi kerana Hadi adalah Ulama.

Aku serang Hadi kerana Hadi adalah presiden PAS.  Pada aku, aku rasa PAS tetap relevan di dalam arus politik Malaysia dan PAS perlu merobah Hadi dan gengnya!


OPERASI UG DI DALAM PAS IALAH MEMBUAT KENYATAAN MEDIA SECARA TERBUKA.

Ini adalah salah satu contoh operasi geng UG di dalam Pas.

Membuat kenyataan akhbar yang boleh menyebabkan pergeseran dalaman PR mahupun di dalam Pas sendiri berlaku.

Nik Abduh ialah salah seorang pendokong UG (Pakatan Umno di dalam kelam) yang ingin melihat PAS berpecah dan keluar dari Pakatan Rakyat.
 
1. Kenapa Presiden PAS Hj Hadi tidak pernah menegur kumpulan ini..?
 
2. Kenapa tiada kata dua di berikan kepada mereka ini.?
 
3. Kenapa tiada tindakan disiplin keatas mereka..?
 
4. Mereka ini membuat kenyataan atas kapasiti apa..?
 
JAWAPAN: Kerana Presiden PAS itu sendiri memang membenci Pakatan Rakyat kerana beliau mempunyai agenda tersembunyi bersama Umno.
 
Di belakang Nik Abduh, Khairuddin AtTakiri, Nasarudin Tantawi, Zaharuddin( Din Ayam) dan lain-lain lagi ialah Hj Hadi itu sendiri.
 
Yakinlah selagi ada UG dan Hj Hadi di dalam pimpinan Pas selagi itulah masalah tidak akan selesai.
 
PAS dibuli oleh PKR dan DAP — with Nik Mohamad Abduh and Cap Kapalayar Limaribukawan.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.