Kecewa dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah sendiri mencalonkan tiga
ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kepada istana sebagai calon
menteri besar Selangor.
Hadi mengambil tindakan itu selepas Azmin yang menjadi calon pilihannya
menolak secara terbuka kerana mahu memberi laluan kepada presidennya,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Lebih mengecewakan Hadi apabila PKR dan DAP juga menolak mentah-mentah
keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat 17 Ogos lalu melalui
keputusan bersama Pakatan Rakyat pada hari yang sama.
Keputusan itu diambil PR walaupun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
(juga dikenali sebagai Mat Sabu) turut berada dalam mesyuarat itu
mewakili parti Islam itu."Dia sudah malukan PAS, jadi takkan hendak
letak nama Azmin lagi? PAS pun ada maruah," kata sumber daripada
kerajaan negeri.
Sumber itu turut mengesahkan semua tiga nama Adun terbabit adalah
daripada PAS dan tidak ada seorang pun daripada PKR.Katanya, Hadi
menghantar surat pencalonan itu kepada istana pada 2 dan 3 September
atas keputusannya sendiri tanpa pengetahuan AJK PAS Pusat dan PAS
negeri.
Pada 2 September, surat Hadi mencalonkan ketiga-tiga Adun PAS untuk menjadi menteri besar Selangor.Namun keesokan harinya pada 3 September, Hadi menghantar surat pencalonan baru menamakan dua Adun PKR dan seorang Adun PAS.
Menurut sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tidak ada
seorang pun pemimpin PAS Pusat, termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa
Ali, pernah melihat isi kandungan surat yang ditandatangani dan dihantar
Hadi ke istana pada 2 dan 3 September lalu.
"Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa
melalui pejabat Setiausaha Agung," katanya.Mat Sabu hari ini mengesahkan
beberapa laporan media mengatakan PAS tidak menamakan Adun PKR dan
menghantar nama seorang lagi Adun mereka dan perkara itu berada di luar
pengetahuannya dan AJK Pusat parti.
"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung
mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri
besar."Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana
ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai
badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan
strategi parti," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mustafa semalam berkata PAS menghantar dua nama Adun PKR dan seorang
Adun PAS kepada istana, tetapi tidak mendedahkan calon terbabit.Sumber
dalaman PAS kemudian memberitahu, surat pencalonan pertama Hadi kepada
Sultan pada 2 September dihantar sendiri melalui pejabatnya.
Bagaimanapun, selepas Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat di Kota Baru
membuat keputusan menamakan dua calon PKR dan seorang calon PAS, Hadi
keesokannya membuat pusingan 'U', menghadap Sultan dan menghantar surat
kedua menarik balik senarai calon sebelumnya.
"Kandungan surat kedua itu kemudiannya baru dimaklumkan kepada pemimpin
PAS lain, termasuk Mustafa," katanya.Laporan Utusan Malaysia hari ini
memetik kenyataan Mustafa mengatakan keputusan menghantar nama dua Adun
PKR dan seorang Adun PAS dibuat Majlis Syura Ulama.
Namun, dua nama PKR itu bukannya Dr Wan Azizah dan Azmin, sebaliknya Dr
Idris Ahmad (Adun Ijok), Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) serta Exco
negeri yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang
dihantar parti itu kepada istana kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura
Ulama.Laporan The Star Online semalam mengatakan PAS menghantar nama
tiga Adun daripada partinya iaitu Iskandar serta dua rakan Exconya,
Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai
menteri besar baru, dipercayai merujuk kepada surat pertama yang
dihantar Hadi.
Mustafa dalam responsnya semalam bagaimanapun menafikan laporan itu atas
alasan nama terbabit sudah dibatalkan."Laporan itu tidak betul kerana
cadangan untuk mencalonkan ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan,"
katanya kepada The Malaysian Insider. ~tmi
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.