SHAH ALAM, 22 SEPT : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan
meninggalkan pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
kira-kira pukul empat petang ini sekaligus mengakhiri khidmatnya sebagai
Menteri Besar Selangor.
Kenyataan itu adalah memetik sumber dalaman pejabat Menteri Besar sendiri yang memaklumkan perkara berkenaan kepada Selangor Kini.
Difahamkan Abdul Khalid akan hadir ke pejabatnya buat kali terakhir hari ini untuk meraikan perpisahannya bersama kakitangan di pejabatnya.
Abdul Khalid juga dimaklumkan akan berangkat ke luar negara dan berkemungkinan besar tidak akan menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor baru yang akan berlangsung Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.
Calon yang bakal menggantikan posisi Abdul Khalid masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini dengan pelbagai spekulasi muncul berhubung jawatan itu.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada esok di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada 10 pagi.
Pejabat Istana Selangor sudah mengedarkan jemputan itu kepada pembesar istana, wakil rakyat, penghulu, serta pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK).
Namun begitu, sumber itu enggan mendedahkan individu yang akan dilantik Sultan Selangor sehingga majlis istiadat berlangsung.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.