Followers

Friday, September 26, 2014

Transgender dakwa dicabul penguatkuasa

  
Dakwaan penganiayaan terhadap golongan transgender, termasuk dibogel dan dicabul ketika ditahan antara perkara dibangkitkan dalam laporan Human Rights Watch (HRW) berkaitan diskriminasi terhadap golongan itu.


Laporan berjudul “Saya takut untuk menjadi wanita” oleh NGO antarabangsa itu antaranya memaparkan kisah seorang transgender bernama “Victoria” yang mendakwa dibogel dan dicabul oleh penguatkuasa sebuah jabatan agama Islam negeri.

Laporan itu menyatakan, tindakan itu, menyebabkan dia menanggung malu kerana “dilayan seperti binatang”.

“Mereka sangat kasar, salah seorang dari mereka memicit buah dada saya dan mereka melucutkan pakaian saya sepenuhnya.

"Mereka juga mengambil baton polis dan mencucuk kemaluan saya.

“Semua orang (pegawai-pegawai) di situ memandang saya, selain itu mereka juga mengambil gambar saya dalam keadaan berbogel,” dakwa Victoria.

Malah, terdapat juga dakwaan golongan itu dipaksa melayan kehendak seks banduan lelaki lain dan juga warden di ketika ditahan.

Laporan 73 halaman itu juga antara lain mengetengahkan:
  • Dakwaan terdapat kekerasan terhadap golongan itu ketika tangkapan dan deraan secara seksual.
     
  • Walaupun dianggap melanggar hukum syarak, golongan itu tidak harus dilayan secara kasar atau dicabul sesuka hati.
     

NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.