Alamak... Sultan sudah marah laa..
I dah cakap lama dulu... Anwar ni degil !
dan saya titipkan lagi buat Anwar tapi dia masih ungkal !!
PAS Selangor menzahirkan rasa sedih atas kemurkaan sultan terhadap DAP dan PKR kerana hanya menghantar satu nama untuk dipertimbang sebagai menteri besar baru.
PAS negeri juga mengingatkan kedua-dua parti yang bergabung dengannya dalam Pakatan Rakyat itu supaya akur pada titah sultan Selangor bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran yang melanda.
"PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman (kanan).
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani hari ini berkata, sultan dukacita atas tindakan DAP dan PKR yang “engkar” terhadap titah yang mahu lebih dua nama calon menteri besar dikemukakan.
Kenyataan itu juga menyebut, tindakan itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan derhaka kepada titah sultan.
Dalam kenyataannya hari ini, Khairuddin berharap kemelut itu dapat diselesaikan segera kerana lebih lama melanda, lebih menyusahkan rakyat.
"Cukuplah, mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah lama tergendala,” katanya.
Khairuddin juga menegaskan PAS akan patut kepada sebarang titah sultan demi kebaikan rakyat di negeri itu.
Kerajaan Rakyat
#################################################
Siapa Yang Hilangkan Kuasa Melayu ?
Siapa yang menghilangkan kausa melayu kalau bukan Umno.
Imuniti raja-raja melayu di kurangkan semasa krisis raja-raja melayu pada 1983 dan 1993.
Mengimbau kembali pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, kuasa mengistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri.
Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya. Manakala pada 1993, Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.
Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.
Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya),”
Jadi siapa yang mengurangkan kuasa melayu?
Adakah PAS,PKR atau pun DAP?
Jadi.. lain kali cakap biar guna fakta jangan auta.. rakyat dah tak makan.
'Himpunan #KL112 hapus kuasa Melayu, kata Rais Yatim'
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri
Dr Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi
bersejarah Stadium Merdeka semalam akan "melarutkan kuasa" kolektif
Melayu, kaum terbesar negara ini.
"Semua yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Stadium Merdeka tadi (petang semalam) akan melarutkan kuasa kuasa kolektif Melayu," kata beliau dalam mesej Twitter yang ditulis kira-kira 3 jam selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).
PR menggunakan platform itu menaikkan 'mood' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
PRU13 perlu diadakan menjelang akhir April ini.
Malah dalam mesej terdahulu, Rais mempersoalkan rancangan penganjur yang mahu menghimpunkan sejuta orang.
"Mananya yang satu juta nak himpun di stadium tu? 50,000 pun tak smpai," katanya lagi.
Kedua-dua mesej itu menerima kritikan daripada penyokong dan pengikut PR.
Menjawab kritikan itu, pagi ini Rais berkata, "Gunalah medium Twitter ini dengan berhemah. Berhujah secara profesional bukan guna emosi dan pak turut."~ Sinar

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.