Followers

Sunday, September 28, 2014

Selepas Suhaizan .. Kit Siang pulak kata Kelantan akan terlepas dari PAS...



Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa kerajaan PAS Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Katanya, perkara itu mungkin berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, terus berlaku di kawasan-kawasan lain di negeri itu, selepas Pengkalan Kubor.

“Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi.


“Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya malam tadi.


Kenyataan Lim itu dibuat seminggu selepas Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat memberi amaran bahawa sokongan terhadap PAS Kelantan turun ke paras 50 peratus, menurut bedah siasat oleh jawatankuasa pusat parti itu.


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak bahawa Kekalahan PAS di Pengkalan Kubor, dengan majoriti lebih besar, akibat tempias kemelut pentadbiran di Selangor.


Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh 9,981 undi, menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).


Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi, meningkat hampir 900 undi berbanding penyandang DUN itu allahyarham Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13 lapor Malaysiakini



Anak Sungai Derhaka. 

Komen:


 
Rasanya, pandangan dari veteran politik negara ini adalah ikhlas dan jujur. Dengan itu PAS/PKR/DAP jangan leka dengan isu isu sensasi yang dibawa orang barua barua UMNO kedalam PR. 
 
Tumpukan kepada matlamat kita untuk MENJATUHKAN BN pada PRU 14.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.