Ketika berucap sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sana
semalam, Ahmad Maslan berkata hidup rakyat ditanggung tiga bulan dalam
setahun melalui subsidi dan bantuan yang disampaikan kerajaan.
“Campur BR1M, bantuan persekolahan, subsidi minyak, tepung.. tiga bulan
kehidupan kita ditaja kerajaan BN dalam setahun. Sembilan bulan sahaja
kita cari kehidupan kita dengan kerja yang kita ada,” kata Ahmad Maslan
menurut The Malaysian Insider.
Mengulas dakwaan itu, Tengku Zulpuri menyifatkannya sebagai pembohongan
memandangkan rakyat adalah penyumbang utama pendapatan negara melalui
cukai.
“Setiap tahun, rakyat membayar cukai pendapatan dan pelbagai cukai lain. Malah gaji menteri sendiri dibayar melalui kutipan itu.
“Rakyat yang menanggung (gaji) menteri dua belas bulan, bertahun-tahun lamanya,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Kata Ketua Pembangkang DUN Pahang itu, kenyataan Ahmad Maslan menghina
rakyat yang terpaksa bekerja keras bagi menanggung kos sara hidup yang
meningkat.
“Ia cukup menghina. Seorang menteri tidak boleh keluarkan kenyataan yang tak cerdik – macam orang tak sekolah.
“Bukankah itu tugas pemimpin – menaikkan taraf hidup dan mengurangkan beban rakyat?” soalnya lagi.
Beliau turut membidas Ahmad Maslan yang tidak berkata apa-apa berhubung
subsidi yang diberikan kerajaan kepada syarikat, antaranya kepada kroni
penjana tenaga bebas (IPP) berjumlah RM20 bilion setahun, serta terbaru
RM6 bilion bagi menyelamatkan Malaysia Airlines System (MAS). – Roketkini.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.