KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia ingin mengetahui sama ada barisan kabinet
pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih waras untuk
mentadbir negara ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mesyuarat kabinet menteri esok
sangat penting, lebih-lebih lagi merupakan pertemuan pertama selepas
sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57 dan rakyat wajar berasa bimbang
tentang hala tuju dan masa depan Malaysia.
Beliau merujuk ucapan tiga pemimpin Umno iaitu Menteri Besar Negeri
Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Pertanian & Industri
Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Zahid Hamidi sepanjang minggu lalu yang dengan dasar 1Malaysia
yang diajukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mohamad Hassan dilaporkan berkata dalam mesyuarat Umno bahagian Rembau
dengan rekayasa pembohongan bahawa kononnya ‘tiga hari selepas
pembangkang (Pakatan Rakyat) membentuk Kerajaan Persekutuan, agenda
utama mesyuarat kabinet pertama adalah penyatuan semula Singapura dengan
Malaysia.
Menurut Kit Siang, ucapan Mohamad Hassan ditambah dakwaan tidak masuk
akal sama sekali bahawa kononnya penambahan 89 kerusi parlimen bukan
Melayu aka dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan di Parlimen.
Manakala kenyataan Ismail Sabri dalam ucapannya dalam mesyuarat Umno
bahagian Gopeng bahawa orang Melayu di negara ini ‘sedang diserang’
dengan pemisahan ‘Melayu Umno’, ‘Melayu PAS ‘, ‘Melayu PKR’ dan ‘Melayu
DAP’ justeru penting bahawa orang Melayu perlu bersatu semula seperti
ketika negara hendak mencapai kemerdekaan.
Bagi Kit Siang, mengejutkan dan sukar dipercayai apabila Ismail
mengucapkan kata-kata sedemikian yang bercanggah dengan dasar 1Malaysia
Najib Razak untuk membina Malaysia di mana setiap rakyat perlu mengakui
bahawa dirinya pertama sebagai rakyat Malaysia manakala bangsa, agama,
wilayah dan status sosio-ekonomi kedua.
Manakala Zahid Hamidi dua hari selepas mesej merdeka Perdana Menteri
mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ketila berucap di
mesyuarat Umno bahagian Segambut apabila berkata bahawa ‘orang Melayu
perlu membayar harga kerana berlaku baik kepada bukan Melayu’.
“Tidakkah Perdana Menteri memberi taklimat kepada barisan menteri
tentang tema dan makna mesej merdekanya, supaya mereka tidak
mengeluarkan kenyataan bercanggah dan meminggirkan Najib dengan perkara
yang bertentangan?" tanya Kit Siang dalam satu kenyataan.
Katanya, ketiga-tiga ucapan di mesyuarat Umno bahagian oleh Menteri
Besar Negeri Sembilan dan dua Menteri Kabinet adalah menghasut.
"Adakah Peguam Negara akan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan?" tanya
Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi. -
HARAKAHDAILY 2/9/2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.