Followers

Friday, September 19, 2014

Pengarah Kastam Melaka Hadapi Lapan Tuduhan Rasuah

 

KUALA LUMPUR 19 Sept - Pengarah Kastam Negeri Melaka, Datuk Mohd. Nasir Said dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM80,000, sejak dua tahun lalu.

Mohd. Nasir, 58, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.


Mengikut lapan pertuduhan, Mohd. Nasir didakwa menerima suapan, jumlah keseluruhan RM80,000 daripada dua individu, warga tempatan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan di atas pertuduhan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 melibatkan barangan tidak bercukai, arak.

Mohd. Nasir didakwa melakukan perbuatan itu antara Oktober 2012 dan Julai 2014, di pasar raya Tesco, Taman Midah, Cheras disini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang tinggi.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.