Tekanan sesetengah pihak mungkin menjadi punca Peguam Negara Tan Sri
Abdul Gani Patail mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap
pembangkang, bukannya kerana melaksanakan undang-undang secara tegas,
kata bekas Peguam Negara.
Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman mengambil contoh tindakan
ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, R S N Rayer yang
didakwa atas dua pertuduhan baru-baru ini.
Abu Talib berkata banyak kritikan dibuat terhadap peguam negara apabila
Rayer di bawah ke mahkamah, tetapi tidak didakwa.Banyak laporan dibuat.
Juga banyak komen negatif terhadapnya," kata Abu Talib yang menjadi
peguam negara selama 13 tahun dari 1980 hingga 1993.
"Adakah kerana ada pihak yang meminta dia (Gani) untuk bertindak
(memfailkan pertuduhan terhadap Rayer)? Saya tidak tahu. Harapnya
tidak," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider.
Ekoran itu, bukan sahaja Rayer yang didakwa, tetapi ramai wakil rakyat
pembangkang dan aktivis juga didakwa."Ini tidak sepatutnya berlaku
kerana peguam negara kini yang juga pendakwaraya, patut bertindak
berdasarkan undang-undang yang sesuai serta bukti yang kukuh.
Abu Talib berkata Perlembagaan Persekutuan memberi pendakwaraya budi
bicara yang mutlak sama ada untuk memulakan, menjalankan atau meneruskan
kes jenayah, tetapi ia perlu digunakan dengan bijaksana.
"Terpulang kepada anda berdasarkan bukti dan undang-undang yang sesuai,
bukan mengikut suka hati sendiri atau disuruh pihak lain,"
katanya.Beliau berkata jawatan peguam negara merupakan kedudukan yang
penting bagi kerajaan.
"Peguam negara perlulah matang dan berminda adil, bukannya beremosi,"
kata Talib, menambah mendakwa seseorang berdasarkan pendapat sendiri
adalah perkara serius kerana ia mengubah seluruh hidup mereka.
"Orang ramai akan memandang serong kepada kita walaupun selepas mengaku
tidak bersalah," tambahnya.Pada 27 Ogos, Rayer yang juga seorang peguam
didakwa dengan dua dakwaan berasingan di bawah Akta Hasutan kerana
kenyataan kontroversinya "celaka Umno" pada 20 Mei semasa sidang dewan
undangan negeri Pulau Pinang.
Rayer juga didakwa kerana mengulang kenyataan "celaka" kepada hadirin
semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor di Jalan Delima pada 22
Mei.Ahli Umno mengadakan protes di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di
mana mereka menyerbu masuk ke dalam dewan, mencari wakil rakyat itu.
Ini diikuti bantahan di luar ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur dan
di pejabat DAP di Kuantan, Pahang.Rayer sepatutnya didakwa pada 19 Jun,
tetapi Pejabat Peguam Negara tidak melakukannya.
Tiada alasan yang diberikan atas penangguhan tersebut.Turut didakwa
menghasut adalah Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran (PKR), ahli
Parlimen Shah Alam yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid
Samad.Pada 2 September, profesor undang-undang Universiti Malaya Dr Azmi
Sharom didakwa dengan hasutan berdasarkan kenyataan dalam artikelnya
tentang krisis perlembagaan Perak yang dilaporkan dalam portal berita
pada 14 Ogos.
Ahli politik Sabah David Orok didakwa di bawah akta yang sama pada 3
September kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad di dalam
Facebook dua bulan lalu.Seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussein
mengaku tidak bersalah pada Rabu kerana membuat kenyataan berbaur
hasutan yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
dalam Facebook November tahun lepas.Sekiranya didapati bersalah, mereka
boleh disaman sehingga RM5,000 atau dipenjarakan maksima tiga tahun,
ataupun kedua-duanya.
Bagaimanapun, wakil rakyat berisiko kehilangan jawatan mereka jika
mahkamah menjatuhkan hukuman RM2,000 atau lebih, ataupun tempoh penjara
sekurang-kurangnya setahun.Semalam, peguam hak asasi manusia Edmund Bon
berkata dia juga sedang disiasat atas kenyataan yang dibuatnya dalam
artikel pada Januari.
Ditanya jika patut bagi pendakwaraya mendakwa seseorang lama selepas
kesalahan dilakukan, Talib berkata, "Tiada tempoh masa yang mengikat
bagi sesuatu jenayah yang dilakukan, tetapi ia tidak digalakkan untuk
mendakwa melainkan terdapat bukti yang amat kukuh.
"Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
menghadapi dakwaan memfitnah kerana membuat kenyataan menghina tentang
Datuk Seri Najib Razak dan pasukan pertahanan negara pada April
2012.Nizar didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh pada 25 Ogos. ~tmi
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.