Pembentukan NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS terus menimbulkan kecurigaan daripada pemimpin parti Islam itu.
Walaupun telah dinafikan sebelum ini, ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudin Hassan hari ini tetap mendakwa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menulis di laman Facebook hari ini, anggota parlimen Temerloh itu
mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan
perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.
Dakwanya, pertemuan itu sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada Hadi.
“Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru presiden," dakwa Nasrudin lagi.
Dalam tulisan itu, Nasrudin mendakwa mendapat maklumat itu daripada seorang yang hadir dalam pertemuan itu.
Malaysiakini telah cuba mendapatkan komen pengerusi PasMa Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi (atas) berhubung perkembangan terkini itu tetapi setakat ini belum berjaya.
PasMA sebelum ini telah dua kali dilapor menafikan dakwaan mahu menggulingkan presiden PAS, iaitu kepada Malaysiakini pada 6 September dan dalam sebuah forum di Kuala Lumpur tiga hari selepas itu.
PAS T'ganu keluar larangan
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, PAS Terengganu hari ini mengeluarkan arahan supaya anggotanya tidak terlibat dengan PasMa dalam semua bentuk.
“Larangan ini termasuklah menjadi ahli PasMa, menubuhkan PasMa, menghadiri apa-apa program anjuran PasMa dan memberi kerjasama kepada program anjuran PasMa dalam apa jua bentuk sekalipun,” kata setiausahanya Muhyidin Abdul Rashid.
Sebab larangan itu tidak dinyatakan dalam kenyataan ringkas dua perenggan itu hari ini.
Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.