Dalam
TV PDRM pongpang-pongpang mengatakan " KITA PDRM MENGALU-NGALUKAN
PERTOLONGAN DAN BANTUAN ORANG RAMAI UNTUK MENJAGA KEAMANAN NEGARA ".
Phuiiii,
adakah kerana unit amal yang melakukan rondaan maka polis kata mereka
melakukan kerja polis. Jika dilihat dari satu sisi memang kerja rondaan
ada tugas polis tapi apa masalahnya kalau unit amal ikhlas nak bantu
buat rondaan keselamatan. Sekurang-kurang ada 2-3 jenayah yang boleh
dielakkan.
Adakah
ini kerana susulan kenyataan Zahid Hamidi yang berkata tindakan
pengharaman mungkin juga dikenakan kepada unit amal PAS seperti PPS.
Kerja rondaan ini bukannya baru dibuat sehari dua malah telah diamalkan
oleh unit amal PAS tapi kenapa baru sekarang nak buat macam nih.
Perangai hodoh sungguh.
Polis bertindak menyuraikan sekumpulan lebih 20 orang
anggota Unit Amal PAS di kawasan sekitar Stesen LRT Pandan Indah pada malam
tadi yang merancang untuk menjalankan rondaan keselamatan.
Laporan Berita Harian menyebut, polis menghalang usaha
tersebut kerana Unit Amal PAS tiada kuasa untuk membuat operasi terbabit.
Laporan itu memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP
Khairuldin Saad yang mengeluarkan arahan terbabit di lokasi tersebut.
“Selepas mengadakan perbincangan, kita nasihatkan kumpulan
itu beredar dengan cara baik dan mereka mengikut arahan polis untuk beredar
dalam tempoh 15 minit.
“Juta tidak mahu mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri
terhadap jenayah yang berlaku di kawasan ini kerana setiap laporan polis
berhubung kejadian jenayah yang berlaku disiasat sewajarnya,” kata Khairuldin
seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Kumpulan Unit Amal PAS yang menyertai operasi berkenaan
diketuai pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, yang juga exco kanan
kerajaan Selangor.
Mengulas mengenai kejadian itu, Iskandar dalam kenyataannya
hari ini berkata Unit Amal PAS Selangor akur dengan arahan tersebut, namun akan
terus memantau tahap keselamatan di kawasan terlibat.
"Pihak kami melalui anggota Unit Amal, petugas PAS
Kawasan Pandan dan penduduk tempatan akan terus memantau Stesyen LRT Pandan
Indah pada waktu malam bagi memastikan terdapat rondaan keselamatan yang
secukupnya oleh pihak polis.
Beliau juga akan mengatur satu pertemuan dengan pihak polis
untuk membincangkan "masalah keselamatan" yang berbangkit.
"Kami yakin kerjasama di antara pihak kami, penduduk
tempatan dan pihak polis amat penting dalam usaha untuk membanteras jenayah,"
katanya. Sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.