Tujuan Sebenar PasMa Ditubuhkan Terbongkar..
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS), Mohammad Razin Abdullah mengesahkan bahawa Persatuan Ummah
Sejahtera Malaysia (PasMa) disahkan hanya didaftarkan sebagai sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Pihak kami tidak menerima sebarang permohonan supaya
PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras
Akta Pertubuhan 1966,” kata beliau.
Terdahulu, PasMa disebut-sebut akan menjadi sebuah parti politik baharu
yang bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad
(setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd
Rosli Abu Bakar sebagai bendahari.
Akan tetapi, Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka
dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya,
Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Pangkalan Kundor tiada dalam
senarai pendaftaran.
Persoalannya sekarang apakah tujuan penubuhan PasMa dan kenapa Phahrolrazi mengakui beliau adalah Presiden PasMa. ~fmt
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.