PETALING JAYA: Tiga
calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan
Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang
akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.
Tiga
calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat
(PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka),
Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin
Ali (Adun Bukit Antarabangsa).
Difahamkan,
ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah
secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu.
Pertemuan itu merupakan fasa terakhir untuk membuat keputusan terbaik melantik pengganti kepada Tan Srhim.
Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan.
Menurut
sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi
membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi
personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan.
Dimaklumkan
dua nama lain yang turut serta dalam pertemuan untuk 'menemuduga' calon
terbabit ialah Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi,
penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua
lagi ahli Majlis Diraja Selangor.
Menurut sumber lagi, setiap calon dipanggil menghadap selama lebih satu jam untuk ditemuduga dalam keadaan baik dan mesra.
Ketiga-tiga wakil rakyat ini diberitahu agar bersedia untuk dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Ini bermakna nama calon menteri besar akan diketahui selewat-lewatnya pada Isnin.
Menurut
sumber lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis bagi memaklumkan bahawa beliau
'ditemuduga' oleh Sultan kerana tidak mahu wujud salah faham dalam
konflik yang semakin 'berbelit'.
Anwar
dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa
untuk berubah' - bertentangan dengan dakwaan bahawa PKR dan DAP akan
meminta pilihan raya negeri diadakan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail telah tidak dipilih.
Kedua-dua
calon PAS ini adalah antara tiga nama yang diberikan kepada istana bagi
mematuhi permintaan Sultan supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat
mencalonkan tiga individu untuk dilantik sebagai menteri besar.
Pihak
istana kemudiannya berkata, Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih
menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang
tidak dicadang.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.