Beri ruang Sultan buat keputusan
Khalid Ibrahim menasihatkan semua supaya tidak mempercayai spekulasi mengenai Iskandar Samad dilantik sebagai MB yang baharu.
“Kita dinasihati supaya memberi ruang kepada Sultan Selangor melalui pejabat Istana Negeri bagi melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.
“Saya rasa, kebijaksanaan, kesabaran Sultan Selangor patut diberi kepercayaan dan berharap agar perkara ini dapat selesai dengan baik serta mengutamakan kepentingan rakyat Selangor,” katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan SSAAS.
Mengulas mengenai spekulasi Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dilantik sebagai MB dan majlis angkat sumpah yang akan dilangsungkan Jumaat ini, Khalid menasihatkan semua supaya jangan percaya perkara tersebut.
“Tak payah kita dengarlah. Perlantikan ini, kalau apapun, mestilah dilakukan mengikut proses-proses tertentu.
“Kebiasaannya dalam tradisi negeri Selangor, akan ada jemputan bertulis dari Istana negeri untuk menjemput orang hadir bagi menyaksikan upacara tersebut,” jelasnya.
Khalid menegaskan bahawa ruang dan masa perlu diberi kepada Sultan untuk membuat keputusan dan tidak perlu ada spekulasi mengenai perlantikan MB.
Tambahnya, sebelum ini beliau telah menghadap Sultan dan telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada baginda.
“Saya pernah memberikan surat hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai MB bagi benarkan proses pemilihan ini dilakukan dengan betul.
“Walaubagaimanapun, Sultan telah meminta saya menarik balik surat tersebut supaya keputusan pemilihan dapat dilakukan,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.