Gerakan
menekan kepimpinan Najib Razak nampaknya makin hari makin ketara.
Setelah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menarik balik
sokongannya dan diikuti dengan luahan kebimbangannya bahawa BN akan
tewas dalam pilihanraya umum akan datang, kini Timbalan Perdana Menteri,
Muhyiddin Yassin pula meluahkan kebimbangan yang hampir sama.
Dalam
pertemuan dengan sekumpulan NGO di pejabatnya beberapa hari lalu,
Mahathir secara berterus-terang menyatakan kebimbangan UMNO dan BN akan
tewas dalam pilihanraya akan datang jika terus dipimpin oleh Najib. Ini
berikutan menurut beliau, tiada perubahan dalam kepimpinan negara
sekarang ini meskipun menerima keputusan paling buruk dalam pilihanraya
umum lalu.
Jika
sebelum ini, beberapa teguran Mahathir ada yang cuba disanggah dan ada
pula yang dibiarkan berlalu begitu saja, tetapi kini kebimbangan bekas
Perdana Menteri selama 22 itu mulai mendapat sambutan daripada Muhyiddin
Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
Kalau
Mahathir bimbang dengan kekalahan UMNO dan BN jika ia terus dipimpin
oleh Najib, Muhyiddin pula ketika merasmikan merasmikan Mesyuarat
Perwakilan UMNO Putrajaya semalam, melahirkan kegusarannya mengenai
kemungkinan undi popular yang diterima BN akan terus merosot dah
sekaligus membuatkan BN gagal terus memerintah negara ini.
Sambil
mengambil contoh kekalahan BN di Selangor yang tidak diduga SERTA
penambahan jumlah kerusi pembangkang di Johor, Muhyiddin juga
membangkitkan mengenai undi popular BN yang hanya 48 peratus walaupun
memenangi 133 kerusi berbanding pembangkang yang memperolehi 52 peratus
melalui 89 kerusi.
Apa yang
menarik, hujah undi popular ini adalah hujah PR untuk meyakinkan
sokongan yang mereka terima, manakala UMNO tidak mengiktirafnya
berikutan sistem pilihanraya kita adalah berdasarkan undi majoriti
melalui kerusi-kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Mengapakah
tiba-tiba saja Muhyiddin menggunakan hujah undi popular itu? Adakah ia
semata-mata untuk menunjukkan kepimpinan Najib yang semakin merosot dari
segi sokongan rakyat?
Tidak
dinafikan bahawa jika diperhalusi kedua-kedua kenyataan Mahathir dan
Muhyiddin itu menjurus kepada sasaran yang sama iaitu kepimpinan Najib
yang dianggap lemah, tiada perubahan SERTA memungkinkan UMNO dan BN
tewas dalam PRU 14 nanti.
Apakah
ini merupakan petanda awal bermulanya gerakan untuk menjatuhkan Najib
sebagaimana yang pernah berlaku kepada Abdullah Badawi sebelum ini? Dan
kebimbangan mengenai kalahnya UMNO dan BN dalam PRU 14 nampaknya telah
dijadikan umpan untuk menarik lebih perhatian dalam UMNO sendiri
terhadap usaha itu.
Mahathir
pula hari ini meneruskan lagi tekadnya untuk kekal memberi teguran
dengan alasan bahawa kerajaan wajar dkritik sekiranya dasar yang
diamalkannya tidak memberi manfaat kepada negara.
Mahathir
juga mengakui bahawa beliau adakalanya boleh bertindak "jahat" tetapi
kerapkali tindakan itu akan menghasilkan sesuatu yang baik akhirnya.
Tidak
lain ini menunjukkan satu signal bahawa teguran dan kritikannya yang
dianggap sebagai perbuatan tidak baik atau jahat oleh sesetengah pihak
daripada seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini adalah
semata-mata untuk membawa kebaikan kepada negara?
Melihat
kepada usaha berterusan Mahathir mengkritik dan menegur kerajaan serta
sudah mula pula mendapat sambutan daripada Muhyiddin, adalah dipercayai
gerakan ini akan berterusan dan meningkat daripada semasa ke semasa.
Beberapa pemimpin dan kelompok yang ada kaitan ddngan UMNO dan kerajaan
juga diyakini akan turut serta tidak lama lagi.
Percayalah,
sekarang ini kedudukan Najib tidak lagi seselesa dulu. Jika dulu hanya
pembangkang dan NGO pro PR saja mengasaknya tetapi mulai sekarang asakan
daripada dalam UMNO dan kerajaan juga akan turut meningkat seiring
dengan perjalanan masa.
Selepas
ini satu demi satu pemimpin, bekas pemimpin atau kumpulan tertentu yang
ada kaitan dengan UMNO dan kerajaan akan muncul bukan saja untuk
menyokong Mahathir tetapi juga mengkritik Najib.
Semuanya kerana Najib didapati tidak berubah dan terus degil tidak mahu berubah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.