Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan semua parti
Pakatan Rakyat (PR) agar tidak campuri urusan parti lain, termasuk parti
Islam itu.Menurut Tuan Ibrahim, krisis menteri besar Selangor
menyaksikan PR banyak mencampuri urusan dalaman PAS.
Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak setuju.
Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormatinya."Menurut Tuan
Ibrahim, apabila DAP tidak bersetuju dengan niat PAS melaksanakan hudud,
parti Islam itu menghormati perbezaan pendapat sesama parti PR.
"PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya kepada portal berkenaan.
Naib presiden PAS itu mengulas beberapa pimpinan PKR dan DAP yang
seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat berkenaan dengan calon
pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor
yang baru.
Hari ini, Mohamad Sabu berkata PAS Pusat tetap dengan keputusan
mesyuarat 17 Ogos mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.
Timbalan Presiden PAS itu berkata perkembangan terkini dilaporkan media
mengatakan PAS tidak menamakan kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri
(Adun) PKR itu dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka berada di
luar pengetahuannya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti.
"Laporan tentang kenyataan itu juga menyebut Setiausaha Agung (Datuk
Mustafa Ali) mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai
calon menteri besar.
"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia
tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai
badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan
strategi parti," kata Mohamad kepada The Malaysian Insider di Shah Alam,
merujuk kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos yang ditandatangani
kenyataannya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengulas mengenai perkembangan semasa dalam isu menteri besar Selangor,
Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan
menyerahkan kepada kepimpinan parti.
"Saya mengambil sikap kalau kita tidak tahu, tidak payah cerita kepada
orang lain yang kita tidak tahu," katanya seperti dilapor Harakahdaily.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.