Joceline Tan di dalam ruangannya di akhbar The Sunday Star hari ini
memilih untuk mengulas berkenaan Muktamar PAS kali ke 60 yang dijadual
diadakan di Johor hujung minggu ini. Beliau menulis:
Hadi,
67, is said to be facing a rebellion of sorts within his own party,
hence the storm clouds gathering over the PAS muktamar in Johor this
week.These are unsettling times for PAS and Pakatan and many
are expecting an emotion-charged muktamar, heated debates and even some
unruly behaviour at the annual meeting.
(Hadi, 67 dikatakan akan menghadapi seakan penentangan dari dalaman
partinya sendiri, lantas Muktamar PAS di Johor minggu ini dijangka
“panas”. PAS dan Pakatan sedang melalui tempoh pancaroba dan ramai
menjangkakan muktamar kali ini bergelora, dengan perbahasan yang panas
dan mungkin juga luahan ketidakpuasan hati secara terbuka dalam
mesyuarat agung berkenaan.)
Benarkah jangkaan Joceline itu?
Memang perkembangan di dalam PAS kebelakangan ini kelihatan tegang.
Presiden kelihatan ditentang secara terbuka oleh rakan-rakannya dalam
Jawatankuasa Agung Pusat termasuklah oleh Timbalan Presidennya (saya
pernah mendengar dari seorang perwakilan Terengganu bahawa ketika Mat
Sabu mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden beliau ditanya mengapa
mahu bertanding jawatan itu, katanya mahu bantu Presiden) sendiri.
Tetapi Presiden bukan keseorangan. Walaupun kelihatan ditentang oleh
golongan “cerdik pandai” dalam JK Agung, blok Majlis Syura Ulamak dan
Dewan Ulamak berdiri teguh di belakang Presiden.
Di sinilah lahirnya kekuatan Presiden kerana PAS sebagai sebuah parti
Islam, beraut dan bergantung kuat pada kepimpinan ulamak.
Blok yang kedua ini menyerang parti dan Presiden secara terbuka. Tidak
cukup dengan itu digerakkan pula satu NGO (atas ikhsan Naib Presiden
PAS)untuk memanjangkan agenda mereka kononnya untuk memperteguhkan
Pakatan, tetapi realitinya beragenda mahu menyahkan Presiden dan
kepimpinan ulamak.
Tidak cukup dengan NGO yang menganjurkan forum menyerang Presiden,
mereka dapat pula bantuan media alternatif tertentu yang tiada lain
kerjanya selain menyerang dan merendah-rendahkan blok pertama tadi.
Penulis upahan digunakan sehingga ada yang menghina para ulamak
termasuklah Timbalan Mursyidul Am yang dikatakan bukannya bermimpi
berjumpa Rasullah s.a.w tetapi berjumpa iblis!!
Terlalu kuat tampaknya blok ini sehingga ada desas desus kononnya akan
dibawa usul tergempar undi tidak percaya terhadap Presiden selain mahu
menolak Ucapan Dasar Presiden.
Jika semua ini meletus dalam Mukatamr kali ini, PAS benar-benar menghadapi uiannya yang paling besar dalam sejarahnya.
Bagi saya, tin-tin kosong yang berbunyi ini, buaya-buaya yang timbul
dari kolam ini, pengkhianat-pengkhianat yang tidak tahu malu, semuanya
sebenarnya seolah mahu menunjukkan yang mereka itu punya pengaruh dalam
PAS. Buat bising, buat kecoh, buat sensasi, biar dalam muktamar nanti
para perwakilan akan buta-buta ikut mereka. Bukankah orang-orang PAS ini
mudah dipengaruhi, buktinya walau tiada kelayakan tinggi tetapi sebab
petah dan pedas bercakap boleh naik jadi pemimpin tertinggi, bukti
orang PAS mudah dipengaruhi!
Mereka lupa bahawa yang mahu mereka rebahkan, yang mahu mereka
runtuhkan adalah institusi teras dalam PAS iaitu Kepimpinan Ulamak.
Mereka boleh memperlekeh dan mengatakan apa sahaja terhadap Presiden
PAS, lantaran gatal mulut dan mudah dapat liputan media, tetapi mereka
lupa bahawa orang-orang PAS, bertungkus lumus berjuang mengalir
keringat, airmata dan darah untuk menaikkan kepimpinan yang diterajui
oleh para ulamak yang takutkan Allah swt.
Segala langkah Presiden yang mereka serang sebenarnya didukung oleh
Majlis Syura Ulamak, yang terdiri dari sekelompok ulamak yang diiktiraf
oleh ahli-ahli PAS sebagai yang paling pakar dan berilmu. Dalam
senarainya Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz, Dato Dr Ustaz Hj Harun Din,
Ustaz Dato Nik Muhamad Zawawi, Dato Ustaz Tuan Ibrahim, Dato Ustaz Hj
Abd Halim Abd Rahman, Dato Ustaz Hj Ahmad Yakob, Dato Dr Hj Mahfodz,
Dato Ustaz Hj Muhammad Daud Iraqi, Ustaz Hashim Jasin dan lain-lain
Benar PAS berhadapan dengan zaman paling mencabar. Di sinilah kebjiksanaan penyelesaian Islam dituntut dan siapakah yang lebih alim dan berilmu dalam hal ini jika tidak kepimpinan yang orang-orang PAS sendiri perjuangankan zaman berzaman untuk diletakkan di atas.
Saya percaya, oleh kerana PAS ini adalah bahtera besar perjuangan
Islam, yang kekal terus belayar sehingga hari ini, datang Muktamar nanti
bolehlah sekerat dua pengacau bangkit melepaskan geram dan amarah
masing-masing samada dari atas pentas atau di bawah (setelah beria-ia
merancang dan membikin onar), tetapi akhirnya, para perwakilan yang
beriman dan bertaqwa, yang merupakan wakil kepada akar umbi PAS seluruh
pelusok negara, yang telah melalui proses tarbiyah dalam jemaah, yang
bergadai nyawa membina dan melancarkan bahtera keramat ini sejak sekian
lama, bernakhodakan pemimpin yang mereka akui mendapat bantuan dan
bimbangan “dari atas”, insyallah bahtera ini akan kekal kukuh belayar
mengejar destinasinya.
Yang “mabuk” yang rimas, yang terlalu bernafsu,
merekalah yang akhirnya akan cedera dan terluka.
“Storm clouds” yang Joceline bayangkan itu, insyallah tidak akan
merosak atau menenggelamkan bahtera ini, kerana ia penuh dengan doa
mereka yang ikhlas dan menuntut janji Allah swt. Sebaliknya “storm
clouds” itu akan membadai dan memukul keluar mereka yang lain.
Belayarlah terus bahtera ini menuju keredhaan Allah swt., yang angkuh
dan bongkak menghunus senjata, biarlah senjata itu nanti mengajar
mereka.
Teringat kata-kata Presiden pada saya dahulu, mereka ini tidak nampak
dinding besar di hadapan, setelah terhantuk kepala, baru
sedar.--n32.blogspot.com/
|
|
Selatan Online |
Followers
Monday, September 15, 2014
Mungkinkah senjata makan tuannya ??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.