Followers

Tuesday, September 16, 2014

Mohamed Sabu dakwa tiada siapa pertikai kedudukan Majlis Syura dalam PAS


Post Pic

KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu hari ini menyifatkan sebarang teguran dari dalam parti terhadap Majlis Syura adalah demi kebaikan badan itu sendiri.
 
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata teguran itu tidak boleh ditafsirkan sebagai mempertikaikan kedudukan dan bidang kuasa Majlis Syura  dalam PAS.
  
"Hari ini tiada siapa yang pertikai Majlis Syura dan Ulama. Jika ada pun ia hanyalah proses semak dan imbang Supaya ianya terus dihormati dan terus memandu parti Islam SeMalaysia," Ujar Mohamed Sabu ketika berucap pada perasmian Muktamar Pemuda PAS di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi, Johor.
 
Ucapan Mat Sabu pada majlis itu tercemar apabila sebilangan perwakilan keluar daripada dewan sebagai bantahan terhadap beberapa tindakan timbalan presiden itu.
 
Mat Sabu sebelum ini menyanggah tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencalonkan ADUN PAS untuk jawatan Menteri Besar Selangor, malah berkata parti itu akur bahawa kerusi itu hanya untuk calon PKR.
 
Mat Sabu dan pemimpin tertentu dalam Jawatankuasa PAS Pusat juga menjarakkan diri daripada keputusan Hadi dan Majlis Syura menolak tindakan tindakan PKR menamakan presidennya Datuk Seri Dr Wn Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar itu.
 
Dalam usaha melembutkan sentimen perwakilan berkenaan, Mat Sabu menegaskan beliau tetap mendokong perjuangan PAS.
 
"Kita setuju untuk perjuang dasar Islam. Kita tidak malu hendak mengaku PAS berjuang atas dasar Islam rujukan Al-Quran dan Sunnah," 
 
"Kita setuju untuk perjuang dasar Islam. Kita tidak malu hendak perjuang ajaran Al-Quran dan Sunnah," ujar beliau.
 
Sebelum ini sebuah portal memetik Mat Sabu berkata pemimpin ulama dalam parti tidak boleh selesa memikirkan mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas PAS sehinggakan menganggap diri sebagai sebagai badan tertinggi parti itu.
 
Dalam ucapannya itu, Mat Sabu juga berkata parti itu harus bersedia menerima pandangan dan teguran daripada petrtubuhan bukan kerajaan.
 
Namun, kata beliau, ahli PAS harus menolak sebarang usaha menubuhkan parti politik untuk meyaingi  PAS.
 
"Berbeza pandangan dan pendapat macam mana sekalipun...jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. Tubuh NGO tak apa. Tubuhlah banyak mana sekalipun, janji bersama sokong Pakatan Rakyat. Itu lebih baik.
 
"Pada NGO, kritiklah kami, tegurlah kami tapi jangan sampai merugikan saf dan kekuatan PAS yang akan membuat perubahan di bumi Malaysia ini, InsyaAllah," ujarnya yang dilihat merujuk kepada PasMA.  
 
PasMa atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dipelopori oleh pemimpin senior PAS yang dilihat kritikal terhadap Hadi dan mahu PAS lebih pro-aktif dalam hubunganya dengan Pakatan Rakyat.
 
Presidennya, Datuk Phahrolrazai Zawawi, yang juga ADUN Pengkalan Kundor Kedah menafikan gerakan itu mahu menjatuhkan Hadi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.