‘Satu Malaysia’ terpinga-pinga ketika itu kerana tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku. Apa yang pasti, ia adalah berita baik untuk pembangkang. Selama ini pembangkang bernafas di jalur retakan parti pemerintah. Semakin besar retakannya, maka semakin longgarlah ruang kebebasan yang ada.
Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim adalah musuh tradisi PAS sebelum tahun 1998. Kita sedia maklum bahawa Mahathir Mohamad mengundang Anwar ke dalam Umno pada tahun 1982 untuk menyaingi PAS dari segi Islam. Maka bermulalah persaingan antara Anwar dengan rakanrakan seperjua ngan ABIM-nya, seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Hadi Awang yang berjuang dalam wadah PAS. Sudah tentu kelebihan memihak kepada Anwar kerana beliau berada dalam parti pemerintah, dengan segala jentera yang boleh dikerahnya untuk menyebar pengaruhnya.
Maka kita semestinya hairan apabila Almarhum Fadzil Noor tampil ke kediaman Anwar pada malam Anwar dipecat. Saya dimaklumkan bahawa Almarhum sedar bahawa rakan seperjuangannya dalam PAS mungkin tidak merestui keputusan beliau.
Namun Almarhum tetap dengan keputusannya, malah menubuhkan Gerak ketika zaman itu untuk memimpin gerakan rakyat.
Jelas, Almarhum telah merasai bahang Reformasi, dan mengambil langkah pantas untuk menyahut seruan zaman. Mata lebam Anwar menjadi simbol kezaliman Mahathir yang menghangatkan sentimen “lawan tetap lawan.” Namun emosi perlu dipandu. Gerakan rakyat perlu disusun agar tidak berselerak. Kuasa rakyat perlu diinstitusikan untuk mencetuskan momentum yang kuat agar menggegarkan kedudukan rejim Umno-BN.
Ia bukan mudah pada zaman di penghujung abad ke- 20. Pembangkang sudah biasa dengan cara berlawan secara bersendirian.
Tiada konsensus dan tiada dasar bersama. PAS me nyerang Umno kerana tidak Islam, sementara DAP menyerang MCA kerana menjadi Cina yang pengecut. Tetapi kita berkongsi pengetahuan am bahawa selagi pembangkang berpecah, mustahil Umno-BN ditumbangkan.
Kita boleh mencubit dari kiri dan kanan, mencetus impak sedikit sebanyak bergantung kepada masanya.
Tetapi hakikatnya, mustahil pembangkang menumbangkan rejim pemerintah.
Dari segi strateginya, kuasa rakyat harus digabungkan.
Sudah tentu kita berdepan dengan masalah yang rumit untuk duduk semeja. Masing-masing akan cuba menonjolkan agenda diri, dan kemudian cuba mendominasi ge rakan tersebut. Situasi ini lumrah dalam politik. Namun untuk me reka yang berpandangan jauh, mereka akan melihat bahawa adanya potensi untuk mengembangkan pengaruh dan mengangkat agenda perjuangan dirinya, seandainya dirinya terlibat dalam gabungan tersebut.
Di sini hebatnya ketokohan Almarhum Fadzil Noor. Dendam mahupun permusuhan antara Anwar dengan PAS diketepikan.
Almarhum menjangkakan kedudukan PAS akan dilambung tinggi jikalau diletakkan di tengah- tengah gelombang Reformasi.
Jikalau dibandingkan dengan pembangkang yang lain ketika itu, PAS mempunyai jentera dan mekanisme yang paling lengkap, dan mungkin juga “canggih” namanya.
Keputusan PRU10 pada tahun 1999 membuktikan kehebatan Almarhum membaca denyutan nadi masyarakatnya, dan kemudian menggarap imaginasi kolek tif ketika itu. Lebih penting, beliau berlapang dada dan berjiwa besar. Dendam dan dengki tidak mengaburi matanya. PAS telah menerima manfaat terbesar daripada satu krisis yang bukan berpunca daripadanya. Dengan kata lain, di bawah pimpinan Almarhum Fadzil Noor, PAS meraih kemenangan daripada kekalutan parti lain.
Hasil usaha Almarhum telah kita rasai, meskipun kesinambungannya terputus seketika lantaran perpecahan Barisan Alternatif pada waktu itu. Hari ini tidak kurang nikmat yang kita rasai lantaran kerjasama Pakatan Rakyat.
Syarat sedia ada sudah tentu le bih senang dan matang berbanding tahun 1998, kerana pembangkang telah mempunyai pengalaman kerjasama lebih enam tahun – bukan sekadar bersama membantah, tetapi bersama memerintah!
Maka saya agak terkejut apabila persoalan ditimbulkan pada hari ini, berbunyi mengapa satu krisis yang bermula daripada masalah dalaman Parti KeADILan Rakyat, kini berakhir sebagai kemelut dalam PAS yang semakin ketara? Mereka yang membangkitkan soal an ini barangkali tidak berpuas hati kerana tidak faham mengapa PAS yang dipersalahkan, sedangkan masalahnya berpunca daripada KeADILan.
Seandainya kita melihat persoalan ini dari sudut lain, ia akan berbunyi, mengapa PAS kini terjejas lantaran krisis parti lain, sedangkan suatu ketika dahulu, PAS dimanfaatkan daripada krisis parti lain?
Secara jujur, dari segi ideologi, PAS dan DAP adalah musuh. Kedua- dua parti ini lebih rapat dengan KeADIL an di tengah-tengah.
Pada masa yang sama, kedua-dua PAS dan DAP adalah musuh kepada KeADILan dalam hal peng agihan kerusi – kerana berlaku pertindihan antara kedua-dua PAS dan DAP dengan KeADILan.
PAS dan DAP jarang bertindih untuk bertanding di kerusi yang sama.
Untuk suatu ketika dahulu apabila KeADIL an dilanda krisis, PAS dipuji sebagai parti yang berdisip lin dan beramanah.
Misalnya krisis Perak bermula daripada KeADILan dan DAP, sungguhpun PAS terkesan lantaran lompatan katak, tetapi Nizar Jamaluddin berjaya mengangkat martabat PAS di hati pe ngundi. Mereka melihat pemimpin PAS lebih beramanah, dan sanggup berganding bahu bersama Pakatan untuk mengharungi krisis tersebut, sungguhpun bukan berpunca daripada PAS. Pemimpin PAS menampilkan ketokohan yang berjiwa besar.
Saya tidak pasti apa yang terjadi pada hari ini. Nampaknya ribut bakal melanda pada September ini. Saya tidak pasti apakah September masih lagi bulan keramat, tetapi sudah pasti saya amat merindui Almarhum Fadzil Noor -Oleh LIM HONG SIANG
Kelab Greenboc
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.