Lembaga Pembangunan Tioman (LPT) menolak kemungkinan persekitaran
kawasan kediaman yang kotor menjadi punca seekor biawak bertindak
agresif dengan menyerang seorang bayi perempuan berumur lapan bulan di
Pulau Tioman semalam.
Pengurus Besarnya, Datuk Hashim Mat Tahir berkata adalah mustahil kawasan berkenaan juga kotor memandangkan kediaman mangsa adalah di dalam kawasan resort yang kebersihannya sentiasa dijaga rapi.
"Mustahil kawasan kediaman itu kotor, sebab saya difahamkan rumah mangsa terletak dalam kawasan resort yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, semestinya kebersihan resort dijaga rapi," katanya kepada pemberita di Kuantan semalam.
Beliau diminta mengulas pendapat pakar-pakar veterinar yang tidak menolak kemungkinan biawak itu menyerang mangsa, Nur Hidayah Abdul Rahman disebabkan persekitaran kotor di lokasi kejadian.
Dalam kejadian semalam, bayi malang itu cedera parah selepas diterkam dan digigit haiwan liar berkenaan selepas diletakkan sebentar di ruang tamu rumah oleh ibunya, Nor Raudah Abdullah, 38, yang tinggal di kuarters resort berkenaan.
Sementara itu, Ketua Kampung Tekek dekat Pulau Tioman, Zulkarnaini A Hamid ketika dihubungi berkata beliau menolak dakwaan proses pelupusan sampah yang tidak sistematik di resort itu menarik perhatian biawak berkenaan.
Beliau berkata sampah sarap dilupuskan mengikut cara yang betul tetapiadakalanya biawak menyelongkar tong sampah bagi mencari makanan.
"Peningkatan jumlah pelancong ke pulau ini menyebabkan lebih banyak sampahtermasuk sisa makanan dari restoran di kampung ini.
Bagaimanapun pengusaha kemudahan penginapan di pulau ini sentiasa mematuhi peraturan dalam melupuskan sisa makanan dan sampah dari premis mereka," katanya.
Namun beliau berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan TamanNegara (Perhilitan) dapat mencari jalan penyelesaian berkesan bagi mengawal jumlah haiwan liar itu di pulau peranginan itu bagi mengelak ia menjadi ancaman kepada penduduk dan pelancong yang lain.
- Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.