Followers

Monday, September 15, 2014

Kisah Tantawi Vellfire Yang Mamai Apabila Bangun Dari Tidur..

Pembentukan NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS terus menimbulkan kecurigaan daripada pemimpin parti Islam itu.

 Walaupun telah dinafikan sebelum ini, ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudi 

Hassan hari ini tetap mendakwa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menulis di laman Facebook hari ini, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.

Dakwanya, pertemuan itu sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada Hadi.

“Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru presiden," dakwa Nasrudin lagi.

Dalam tulisan itu, Nasrudin mendakwa mendapat maklumat itu daripada seorang yang hadir dalam pertemuan itu.

Malaysiakini telah cuba mendapatkan komen pengerusi PasMa Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi berhubung perkembangan terkini itu tetapi setakat ini belum berjaya.

PasMA sebelum ini telah dua kali dilapor menafikan dakwaan mahu menggulingkan presiden PAS, iaitu kepada Malaysiakini pada 6 September dan dalam sebuah forum di Kuala Lumpur tiga hari selepas itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.