Followers

Wednesday, September 3, 2014

Khalid: tunggu maklum balas pihak Istana Faida Rahim

September 3, 2014

khalid_300

Khalid menyeru semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut tatacara undang- undang tubuh negeri serta adat istiadat negeri Selangor.

SHAH ALAM: ” Saya telah dimaklumkan bahawa ketiga- tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP telah menghantar nama calon-calon cadangan kepada DYMM Sultan Selangor,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid percaya proses seterusnya akan menyusul dan pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang diberikan.

“Sehingga proses selesai, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sedia ada,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut tatacara undang- undang tubuh negeri serta adat istiadat negeri Selangor.

Ketika ditanya apakah perancangan beliau untuk Selangor setakat ini, beliau menjawab segala tugasan yang diamanahkan akan berjalan seperti biasa sehinggalah pengumuman nama menteri besar Selangor diberitahu kelak.

“Apabila nama menteri besar Selangor yang baru diumumkan, saat itu, tugas saya sudah selesai,” kata beliau sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.