Tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tandatangan perjanjian air dengan Putrajaya timbul percanggahan, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tandatangan perjanjian air dengan Putrajaya timbul percanggahan, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membidas tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya kerana ia menimbulkan percanggahan ketika pertukaran kepimpinan negeri sedang berjalan.
Pemimpin DAP itu berkata, sekiranya Khalid meneruskan langkah tersebut, persoalan yang timbul ialah sama ada ianya sah atau tidak.
"Menandatangani perjanjian air ketika pertukaran kepimpinan akan membawa kepada persoalan kesahihannya," kata Santiago dalam satu kenyataan hari ini.
"Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan di Selangor berpendapat Khalid hanya sekadar pemangku menteri besar,” katanya.
Santiago turut membangkitkan isu pentadbiran Khalid terutama selepas pemecatan 6 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor serta mempersoalkan kewajaran perjanjian air bernilai RM9.65 bilion itu ditandatangani.
"Persoalan saya ialah bolehkah pemangku MB, bekerja dalam Kabinet negeri yang kecil menandatangani perjanjian bernilai RM9.65 bilion terutama dengan mengambil kira kesan kewangan besar dan sebagainya kepada negeri?" katanya.
Perjanjian air antara Khalid dan Putrajaya dijangka lengkap menjelang hujung minggu ini, menurut laporan media.
Santiago berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana persoalan ketelusan perjanjian tersebut masih lagi belum terjawab.
"Tandatangan ketika pertukaran kepimpinan boleh menimbulkan persoalan mengenai moral dan kesahihan undang-undang, khususnya selepas tiada keterbukaan dan ketelusan dalam perjanjian tersebut sebelum ini," katanya.
Beliau juga menggesa supaya Putrajaya tidak tergesa-gesa untuk melengkapkan perjanjian tersebut, sebaliknya menunggu hingga menteri besar baharu dilantik.
"Mengapa perlu tergesa-gesa tandatangan perjanjian tidak lengkap," katanya.
Khalid menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) air dengan Putrajaya pada Februari lalu, bagaimanapun langkah tersebut menimbulkan kecaman dan kritikan daripada partinya sendiri.
Perjanjian air itu juga dikatakan sebagai salah satu punca Khalid dibuang daripada PKR yang mahu beliau berundur daripada jawatan menteri besar.
Rancangan pengambilalihan berkenaan dilakukan ekoran rungutan dan kekhuatiran masyarakat terhadap masalah bekalan air yang melanda Selangor.
Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan PR selepas Pilihan Raya Umum pada 2008 apabila pakatan pembangkang berkenaan menewaskan Barisan Nasional (BN) di Selangor. – 9 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-tidak-layak-tandatangan-perjanjian-air-dengan-putrajaya-kata-ahli-pa#sthash.7TGJgIXW.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.