PANAS!!! Wan Azizah sedang pujuk Khalid kembali kepada PKR?
Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini sedang memujuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali kepada PKR?
Itu
cerita panas sejak semalam apabila PKR dikatakan semakin buntu mencari
penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan khuatir Adun PAS
yang akan mendapat perkenan Sultan Selangor menggantikan Khalid.
Sumber
rapat dengan Khalid memberitahu, Presiden PKR itu mahu Khalid yang
dipecat dari parti bulan lalu kembali kepada PKR dan kekal sebagai
Menteri Besar.
Khalid bagaimanapun tidak merayu pemecatannya itu.
Wan
Azizah dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden parti
hubungan rapat beliau dengan Khalid sebelum ini untuk memujuk Adun Bebas
Pelabuhan Klang itu.
Selain
khuatir Adun PAS dilantik menteri besar, Wan Azizah dikatakan turut
bimbang kemungkinan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan beberapa
Adun parti itu akan menyokong calon PAS sebagai menteri besar selepas
perkenan Sultan Selangor.
Difahamkan,
tiga Adun PKR yang diketahui rapat dengan Azmin bersedia memberikan
sokongan kepada Adun PAS jika dilantik sebagai menteri besar.
Keputusan
itu bersandarkan kepada prinsip mematuhi titah dan perkenan Sultan
Selangor yang melantik menteri besar dan DAP juga dikatakan akan berbuat
demikian kerana tidak mahu dianggap derhaka kepada Sultan.
Turut dikhuatir Azmin sendiri akan dilantik sebagai Menteri Besar.
Umum maklumkan, Khalid dan Wan Azizah dikatakan tidak mempunyai hubungan baik sebelum ini.
Dengan Khalid diterima semula dalam parti, PKR kekal menguasai kerajaan Selangor.
Lagipun,
PAS sendiri tidak ada masalah jika Khalid terus kekal sebagai menteri
besar berdasarkan pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didedahkan
kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dalam
pertemuan ketua-ketua Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dengan Presiden PAS
itu.
Semua
pihak kini sedang menunggu keputusan Sultan Sharafuddin mengenai
pengganti Khalid selepas PKR,DAP dan PAS selesai menghantar nama-nama
calon pada 3 Sept lalu.
Khalid
sudahpun menyembahkan surat memohon perkenan meletak jawatan sebagai
menteri besar tetapi Sultan Selangor menolaknya sehingga pengganti
Khalid dilantik.–bnbbc.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.