Followers

Tuesday, September 2, 2014

Kenyataan bukan Melayu ‘angkuh’ dituju kepada DAP, kata Zahid Hamidi

Bukan Saja Di Litar, Dalam Politik Pun Ada Macam-Macam Konar!

Akhbar lagi yang kena...... Zahid ingat Cina dan India hanya ada dalam DAP sajakah? Ayyo...yoo...awak tu seorang menteri dan Naib Presiden UMNO parti yang memerintah Janganlah celupar sangat!
 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan golongan ‘bukan Melayu’ yang disebut olehnya bukanlah masyarakat bukan Melayu keseluruhan tetapi hanya merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2014. 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan kenyataannya bukan Melayu semakin angkuh, menghina kaum Bumiputera, institusi raja dan Islam disalah tafsir sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Menurut menteri dalam negeri itu, beliau sebaliknya berkata, "bukan Melayu" yang beliau maksudkan merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP.
"Tetapi tidak boleh dinafikan penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan keangkuhan mereka dalam politik," kata naib presiden Umno itu seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Star.
Zahid berkata, ini terbukti dalam kenyataan yang dikeluarkan parti pembangkang dan penyokong mereka, terutama yang disiarkan di laman portal pro-pembangkang dan media sosial.
Hari ini akhbar The Sun memetik beliau sebagai berkata, kaum Melayu terpaksa membayar harga kerana terlalu baik dan golongan bukan Melayu semakin angkuh di negara ini.
Beliau dilaporkan berkata penghinaan dibuat atas alasan demokrasi, kebebasan bersuara dan globalisasi.
Menurut Zahid, beliau tidak akan menyokong mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina masyarakat Melayu dan mahu polis mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut. – 2 September, 2014


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.