Followers

Monday, September 22, 2014

KENAPA HADI AWANG MENGGELUPUR MACAM CACING KEPANASAN!.. ??


Hadi Awang dan geng walanya menjadikan dewan muktamar sebagai platform menyerang rakan-rakan PR. 

Bagai hilang akal, ucap penutup pun masih dipenuhi dengan serangan dan tuduhan-tuduhan. Apa yang peliknya, hanya beliau yang beriya-iya, yang menggelupur menyerang kawan PR, walhal pemimpin DAP dan PKR tenang mendiamkan diri. Presiden PAS, Hadi Awang ini sudah semakin hilang pedoman..

Hadi Awang menyerang dengan menuduh PKR membeli dan mencuri dua adunnya. Apakah benar dibeli dan dicuri? Apakah definisi beliau 'dibeli dan dicuri' itu? 

Apakah dengan memberi sokongan kepada Wan Azizah sebagai menteri besar disifatkan sebagai dibeli, dicuri serta menjadi barua dan broker? 

Cukup dangkal dan keterlaluan presiden PAS ini menggunakan istilah beli dan curi, barua dan broker yang pada saya tidak kena pada tempatnya.. 

Sejarah dahulu pernah membuktikan, Hadi Awang secara dangkal dan secara syok sendiri menuduh calon-calon PRU13 dari PKR sebagai agen pil kuda. Tuduhan sedap mulut dan tidak berasas Hadi Awang itu akhirnya membuatkan dirinya disaman fitnah DUA JUTA.. (pun anwar ibrahim yang tolong selesaikan untuk hadi awang). 

Nampaknya 'sedap mulut' Hadi Awang belum berubah..

Dan lebih aneh Hadi Awang ini, bertubi-tubi menyalahkan PKR, menyalahkan DAP tetapi MASIH TERHEGEH-HEGEH mahu terus berada bersama PKR dan DAP di dalam PR. Tak ke munafik namanya tu.. 

Apapun, bebaskan PAS dari Hadi Awang dan konco-konconya. Bebaskan PAS dari kemunafikan yang semakin dibudayakan oleh Hadi Awang dan konco-konconya. 

Kami sayang PAS dan tidak mahu PAS rosak dari dalam oleh Hadi Awang dan konco-konconya.. 


Hihi, geng wala mesti tension baca artikel ini. Kihkihkih!!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.