HARI ini umum dikejutkan dengan berita rampasan 300 naskhah akhbar
Suara Keadilan di Kedah, iaitu di Jitra, Kuala Kedah, Alor Setar,
Pendang dan Kepala Batas pada 10hb September lalu oleh pegawai-pegawai
Kementerian Dalam Negeri.
Saya difahamkan bahawa para peniaga yang menjual Suara Keadilan di kawasan-kawasan itu telah diberi amaran, jika mereka terus menjual akhbar tersebut maka kedai-kedai mereka akan ditutup.
Jika benar, perkara ini amat mendukacitakan dan cukup zalim. Pihak KDN perlu mengesahkan sama ada perkara ini benar-benar berlaku, dan jika ya amalan ini wajib dihentikan.
KEADILAN mengecam tindakan KDN ini yang mengekang kebebasan bersuara, satu hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama, KEADILAN menggesa Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi untuk menjelaskan status permohonan permit Suara Keadilan yang telah dihantar sejak tahun lalu.
KEADILAN turut menggesa Perdana Menteri, DS Najib Razak untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Walaupun akta tersebut telah dipinda pada 2012, namun pindaan tersebut tidak mencukupi dan akta itu masih bersifat kukubesi dan tidak demokratik. Perdana Menteri harus menunjukkan kesungguhan politik sebagai seorang "demokrat moderat" dan memansuhkan akta ini dengan segera.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
15 September 2014
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/09/keadilan-kecam-rampasan-akhbar-suara.html#ixzz3DNZWbYfc

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.