Undang-undang era penjajah Akta Hasutan tidak mengikut Perlembagaan
kerana ia bukan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, pasukan
peguam kepada pensyarah undang-undang Profesor Dr Azmi Sharom
memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini.
Gobind Singh Deo, yang mewakili Azmi dalam permohonannya merujuk kepada
tuduhan hasutan kepada Mahkamah Tinggi mengenai isu Perlembagaan,
berkata akta itu gagal mematuhi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Beliau berkata, Perkara 10 (2) seterusnya menyatakan dengan jelas
sebarang sekatan kepada hak-hak ini perlu diluluskan oleh Parlimen.
Beliau berkata, Akta Hasutan yang ada bukan undang-undang sebelum merdeka dalam bentuk asalnya iaitu Ordinan Hasutan.
"Azmi Sharom
tidak didakwa mengikut Ordinan itu. Beliau didakwa mengikut Akta
Hasutan yang merupakan produk Suruhanjaya Pemaharuan Undang-Undang.
Justeru, kita perlu membuat keputusan jika produk ini khususnya, yang
tidak diluluskan oleh Parlimen, adalah mengikut Perlembagaan," katanya .
Beliau berkata, ia tidak pernah dikemukakan di mahkamah sebelum ini.
Pada 2 September, Azmi,
pensyarah di Universiti Malaya, didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) dan
Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berkenaan komen beliau dalam artikel
berita bertajuk "Ambil laluan krisi Perak laluan krisis untuk segera
tamatkan kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu".
Jika sabit kesalahan mengikut mana-mana pertuduhan, beliau akan
menghadapi denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau
kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim bagaimanapun berhujah, Perkara
162 Perlembagaan yang diperuntukkan undang-undang sedia ada sebelum
merdeka terus berkuatkuasa sehingga ia dimansuhkan.
Beliau berkata, kesahihan Perlembagaan Seksyen 4 Akta Hasutan diputuskan
Mahkamah Rayuan pada tahun lepas apabila ia memutuskan tuduhan hasutan
yang dibawa terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Mat
Shuhaimi Shafiei mengikut Seksyen 4 adalah menurut Perlembagaan dan
menolak permohonannya untuk dibatalkan.
Mat Shuhaimi daripada PKR, didakwa pada 2011 mengikut hasutan berhubung
posting di blog beliau, srimuda.blogspot.com mengenai pelantikan Datuk
Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang
baru.
"Oleh itu ia bukan satu isu lagi dan mahkamah ini tidak mempunyai pilihan tetapi menafikan permohonan ini," kata Suhaimi.
Gobind mematahkan hujah dengan mengatakan isu sama ada Akta Hasutan
adalah “undang-undang oleh Parlimen” tidak diuji Mahkamah Rayuan dalam
kes Mat Shuhaimi.
Beliau berkata peguam Mat Shuhaimi berhujah mengenai isu kewajaran dan
tidak membangkitkan isu sama ada peruntukan mengikut Perkara 10 (2)
Perlembagaan mengenai “undang-undang oleh Parlimen” mempunyai kesan ke
atas Seksyen 4 Akta Hasutan.
"Isu di sini adalah Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara
dan hanya undang-undang oleh Parlimen boleh menyekat kebebasan itu, dan
pendirian kami adalah Akta Hasutan tidak diluluskan oleh Parlimen,"
kata Gobind.
Beliau juga memberitahu Hakim Zanol Rashid Hussain, peranan beliau bukan
melihat butir-butir dalam permohonan untuk merujuk kes itu ke Mahkamah
Tinggi, tetapi untuk membuat keputusan sama ada terdapat persoalan yang
perlu dirujuk kepada mahkamah lebih tinggi dalam kes ini.
Hakim kemudian menetapkan tarikh 1 Oktober untuk keputusan.
Gobind dibantu oleh Datuk Malik Imtiaz Sarwar pada pendengaran hari ini.
Beberapa bulan kebelakangan ini, ahli-ahli Parlimen pembangkang, wartawan dan pendakwah agama ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.
Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran, Ahli Parlimen Batu Tian Chua,
wartawan Malaysiakini Susan Loone adalah di antara yang didakwa dengan
hasutan atau disiasat mengikut undang-undang berkenaan.
Siri pendakwaan beramai-ramai oleh Putrajaya hampir sama dengan Ops
Lalang 1987 yang menahan lebih 100 pemimpin pembangkang dan aktivis
mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). ~malaysian insider
Addin

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.