Followers

Thursday, September 4, 2014

KAMI BUKAN PENGHIANAT.

Photo: Salam 51 tahun Sabah Merdeka.

Isu pemisahan tidak timbul.

Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura digabungkan untuk membentuk Malaysia bagi membantu menyelesaikan masalah Malaya.

Isunya ialah Sabahan dan Sarawakian kini sedar bahawa mereka hanya diambil kesempatan, diperkudakan dan ditipu oleh Malaya atas nama kerajaan persekutuan. Malaya diubah menjadi Malaysia dan mengambil alih Sabah seolah-olah Sabah adalah tanah jajahan mereka.

Lihatlah keadaan kita hari ini. Sabah negeri termiskin, penduduk dan kependudukan berubah, dan hasil minyak kita diambil dan sebagainya. Sabah dan Sarawak mahu hak-hak mereka seperti dalam perjanjian supaya dihormati dan dipatuhi, termasuk 20 Perkara.

Sekiranya dengan membangkitkan hak-hak dan menyuarakan rungutan ini dianggap khianat atau menghasut dan kerajaan persekutuan mahu melakukan tangkapan dengan tujuan untuk menutup suara kami.. terpulang kepada mereka. Dunia sedang memerhati.. 

Saya tidak akan tunduk kepada ancaman ancaman tangkap kerana perjuangan untuk kebebasan ini akan berterusan walaupun tanpa saya.

Saya tidak berniat untuk melakukan apa-apa. Memadai sekadar berdoa sebab sebarang tangkapan hanya akan membangkitkan semangat juang lebih ramai Sabahan dan ini akan memperkemaskan dan baik untuk perjuangan. 

Pastinya perjuangan ini akan bertambah kuat dan akhirnya akan membawa kepada pemisahan Borneo dan boleh ditafsirkan sebagai satu permulaan kepada kehancuran Malaysia.

Tuhan memberkati.
YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
 KAMI MENENTANG KETIDAKADILAN.
KAMI MENUNTUT HAK KAMI.
KAMI MENUNTUT HAK EKONOMI KAMI.
KAMI MENUNTUT KESAMARATAAN.

KAMI MENUNTUT KESAMATARAFAN.

JIKA PEMIMPIN MALAYA MENYATAKAN KAMI HENDAK KELUARKAN SABAH DARI MALAYSIA, ITU ADALAH TUDUHAN TANPA FAKTA, YANG ADALAH FITNAH SEMATA.

KAMI TIDAK AKAN BERHENTI MENUNTUT APA YANG MENJADI HAK KAMI, WALAU NYAWA BERCERAI DARI BADAN.
 
Salam 51 tahun Sabah Merdeka.

Isu pemisahan tidak timbul.

Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura digabungkan untuk membentuk Malaysia bagi membantu menyelesaikan masalah Malaya.

Isunya ialah Sabahan dan Sarawakian kini sedar bahawa mereka hanya diambil kesempatan, diperkudakan dan ditipu oleh Malaya atas nama kerajaan persekutuan. Malaya diubah menjadi Malaysia dan mengambil alih Sabah seolah-olah Sabah adalah tanah jajahan mereka.

Lihatlah keadaan kita hari ini. Sabah negeri termiskin, penduduk dan kependudukan berubah, dan hasil minyak kita diambil dan sebagainya. 
 
Sabah dan Sarawak mahu hak-hak mereka seperti dalam perjanjian supaya dihormati dan dipatuhi, termasuk 20 Perkara.

Sekiranya dengan membangkitkan hak-hak dan menyuarakan rungutan ini dianggap khianat atau menghasut dan kerajaan persekutuan mahu melakukan tangkapan dengan tujuan untuk menutup suara kami.. terpulang kepada mereka. Dunia sedang memerhati..

Saya tidak akan tunduk kepada ancaman ancaman tangkap kerana perjuangan untuk kebebasan ini akan berterusan walaupun tanpa saya.

Saya tidak berniat untuk melakukan apa-apa. Memadai sekadar berdoa sebab sebarang tangkapan hanya akan membangkitkan semangat juang lebih ramai Sabahan dan ini akan memperkemaskan dan baik untuk perjuangan.

Pastinya perjuangan ini akan bertambah kuat dan akhirnya akan membawa kepada pemisahan Borneo dan boleh ditafsirkan sebagai satu permulaan kepada kehancuran Malaysia.

Tuhan memberkati.

YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.