Followers

Wednesday, September 3, 2014

KAK WAN ATAU AZMIN, YANG PENTING TSKI GUGUR !!


 

HARI ini hari terakhir senarai nama calon MB Selangor mesti diserahkan ke Istana.  PR ada dua calon yang telah dipersetujui iaitu pilihan pertama DS Wan Azizah, keduanya ada Azmin Ali.  
 
Adakah calon ketiga, keempat atau seterusnya?  Soalan itu elok ditujukan kepada PAS.

Bagi aku, samada Kak Wan atau Azmin yang diperkenankan itu tidak lagi penting kerana kedua-dua mereka memang layak berada di Kerusi MB Selangor.  
 
Kak Wan adalah Presiden PKR, juga seorang Adun di Kajang, pernah jadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.  Seorang wanita yang pernah lalui zaman kepayahan dan telah diuji dengan kezaliman.  
 
Tidak semua dapat peluang diuji sehebat itu termasuk isteri kepada Syeikh Tantawi sendiri.  Syeikh hanya diuji dengan 'vellfire".   

Azmin pula adalah salah seorang reformis, Timbalan Presiden PKR.  Walaupun aku kurang berkenan dengan perangai Azmin dulu iaitu perangai berpuak-puaknya, tapi aku tetap hormati dia sebagai Timbalan Presiden.  
 
Cuma aku harap dia telah bermuhasabah diri dan tinggalkan perangai buruk lamanya itu.  Manusia boleh berubah jika ikhlas untuk berbuat demikian.

Samada Kak Wan atau Azmin, aku sudah kurang ghairah untuk memperkatakannya atau melobi untuk salah seorang dari kedua tokoh ini.  Aku lebih rasa teruja, bersyukur bila TSKI berjaya digugurkan dari Kerusi MB Selangor walaupun aku telah memangkah beliau di dalam pemilihan parti baru-baru ini.  
 
Sikap beliau yang tidak respek kepada ketua dan parti, maka hilanglah rasa minat aku untuk meneruskan sokongan kepadanya. 

TSKI tidak lagi menjadi MB Selangor seribu rahmat buat rakyat Selangor kerana terselamat dari terus dipergunakan oleh ejen Amno ini.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.