Kajian Malaysian Insider dan Merdeka Center menunjukkan yang majoriti kaum Melayu di Selangor mahukan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat… 55 peratus dari pengundi Melayu beranggapan PAS wajar meninggalkan Pakatan dan 20 peratus pengundi Cina dan 19 peratus pengundi India bersetuju dengan pendirian pengundi Melayu itu.
80 peratus dari mengundi Melayu
didapati berpendirian yang PAS sepatutnya terus menyokong Khalid Ibrahim untuk
kekal sebagai Menteri Besar.
Ada pihak yang mempersendakan kajian ini, tetapi
pihak yang melakukan kajian ini setidak-tidaknya telah berusaha melakukan
penyelidikan dan tidak seperti setengah pemimpin dalam PKR membuat kenyataan
yang PAS selama ini bergantung kepada kekuatan mereka tanpa bukti jelas untuk
diyakini.
Dimana kebenarannya kita tidak
tahu, tetapi apa yang kita tahu aktiviti Pakatan Rakyat tidak akan sempurna
jika tidak ada sokongan infrastruktur PAS seperti sokongan dari Unit Amal parti
itu.
PAS merupakan parti yang
menghidupkan semua kegiatan Pakatan Rakyat sehinggakan jika PKR mengadakan
kegiatan tanpa sokongan infrastruktur PAS jarang sekali program politik PKR itu
mendapat kejayaan.
Merdeka Center dan Malaysian Insider yang kebanyakkan
pengundi Melayu di Selangor mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat itu akan
menguburkan PKR.
Kita ambil kajian Merdeka Center
dengan Malaysian Insider setakat ini tanpa mengambil semua kajian mereka secara
detail. Sesungguhnya PAS adalah parti yang tertua dalam Negara ini, dan telah
melalui berbagai-bagai dugaan dan cabaran dalam usianya selama enam dekad itu.
Semasa saya memulakan kegiatan dalam politik lebih dari tiga puluh tahun yang lalu,
PAS dianggap oleh pimpinan umno dan rakyat yang ramai, hanya sebagai parti yang
berkala kehadirannya dibanyak negeri dan kawasan dalam Negara ini.
PAS semasa itu hanya kuat sokongannya
di negeri-negeri Pantai Timur dan di utara Semenanjung ini serta di beberapa tompok kawasan terutamanya di kawasan dan
daerah yang banyak sawah padi sahaja.
Tetapi setelah parti itu terus bersabar
dan menghadapi berbagai cabaran dan ditambah pula ramai cerdik pandai selama
itu menyedari tentang kelemahan yang ada di dalam UMNO dan BN, mereka mula
memandang kepada PAS sebagai premis mereka untuk menyegarkan fikiran siasah dan
politik mereka.
Justeru PAS telah beransur-ansur
menjadi parti yang mudah diterima oleh gulungan terpelajar dan itulah sebabnya
PAS sekarang ini sarat dengan ahli-ahli dan penyokong dari gulungan ini.
Pendeknya PAS bertambah kekuatannya diatas kepercayaan rakyat ramai sebagai
sebuah parti yang dalam masa yang sama ramai dikalangan anak-anak muda yang
sudah tidak berminat lagi untuk menyertai UMNO kerana permainan politik yang
keterlaluan dikalangan pimpinannya di setiap peringkat kepimpinannya.
Itu sebabnya kita tidak terkejut
melihat dan mendapati mereka yang berkelulusan professional dan separa iktisad
walaupun tidak menjelaskannya secara terbuka, mereka adalah gulungan baru dan
muda yang lebih kecenderungan untuk menyokong PAS.
Lain-lain perkataan PAS bertambah
kekuatannya kerana parti itu berjaya memberikan keyakinan terhadap anak-anak
muda yang masih belum tercemar pemikiran mereka tentang politik itu.
Di sebaliknya PKR itu wujud di
atas perpecahan UMNO yang melibatkan pemecatan Timbalan Presidennya pada September
tahun 1998 dahulu, yang di ketuai oleh Anwar sendiri dan memberikan ‘proxy’
kepimpinan parti itu kepada Isterinya Wan Azizah Ismail.
Pendeknya parti ini wujud bukan
berlandaskan kepada kepercayaan dan perjuangan mereka tetapi hanya untuk
bersama pemimpin mereka Anwar yang semasa pemecatan beliau sudah hampir berjaya
menguasai sepenuhnya kerajaan dan UMNO dan hampir menundukkan Dr Mahathir yang
masih berseronok dengan kuasa.
Mendengar percubaan dikalangan ahli-ahli UMNO
untuk merebut jawatan dari beliau merupakan satu jenayah bagi Dr Mahathir.
Dr Mahathir telah memerhatikan
segala langkah dan tindakan Anwar dan apabiila sudah mula timbul keyakinan yang
beliau akan ditumpaskan oleh Anwar, barulah beliau menggunakan isu kegiatan
Anwar dalam isu seks luar tabii yang beliau telah lama mengetahuinya.
Maka Mahathir
telah menggunakan isu ini secara ‘expedient’ dan ia amat mudah diyakini oleh
ahli-ahli UMNO dan rakyat terhadap Anwar. Akhirnya Anwar dipecat pada 2hb
September 1998 dahulu dan bermula lah perpecahan dalam UMNO itu.
Hasilnya terbentuklah sebuah
parti yang dinamakan PKR. PKR tidak mampu untuk maju tanpa mempunyai sekutu yang
sedang bertambah kekuatannya, dan parti itu ialah PAS.
Sementara mendapatkan
sokongan dari musuh utamanya DAP, PAS lah yang telah memberikan kekuatan kepada
PKR yang motif utamanya ialah untuk menjadikan Anwar yang terlepas peluang
untuk menjadi Perdana Menteri itu untuk menyambung semula peluang untuk
berkuasa di Putrajaya itu.
Oleh yang demikian jika ada pihak
dari PKR atau DAP yang menggertak PAS akan hilang dimuka bumi ini jika keluar
dari Pakatan itu adalah tidak berasas sekali.
Apatah lagi dalam situasi perpecahan dalam PKR di setiap peringkat hasil
dari pemilihan pimpinan baru-baru ini PKR tidak mungkin berada di tahap semasa
PAS masih bersamanya. Malahan sebahagian dari ahli-ahli PKR yang kecewa di
mana-mana di seluruh negara tidak akan memberikan sokongan kepada PAS jika PAS
masih bersama parti yang mereka anggap sebagai parti yang tidak berpendirian
itu.
Isu kemelut politik di Selangor
sekarang lebih membuatkan PAS terhakis sokongannya jika ia masih bersama parti
yang hanya mempunyai satu perjuangan iaitu untuk menjadikan seseorang yang terlepas
peluang menjadi Perdana Menteri oleh tindakan ‘foolish’ beliau sendiri.
Bagi saya pandangan Merdeka
Center itu adalah bertepatan dengan 'mood' rakyat Selangor terutamanya yang PAS
boleh berdiri diatas kaki sendiri.
Malahan parti itu akan lebih kuat jika tidak
lagi bersama PKR kerana menyokong PKR itu adalah sama dengan menyokong Anwar
Ibrahim yang telah menunjukkan belang beliau yang sebenarnya dalam isu
perlantikan Menteri Besar baru sekarang ini.
Anwar telah membuktikan tuduhan
musuh-musuh politiknya yang beliau hanya mahu memperjuangkan keuntungan peribadi
beliau dan keluarga beliau sahaja itu adalah benar.
Rakyat telah jelas
dibuktikan yang ‘nepotism’ ini lebih hebat lagi dalam PKR itu dari UMNO yang
telah beliau (Anwar) tuduh berluas-luasa dalam UMNO. Anwar terlalu terkeliur
dengan jawatan Perdana Menteri negara ini yang boleh memenjarakan dan
mengeluarkan seseorang dari penjara itu.
PAS wajar sedar, yang parti itu
bukannya parti untuk kepentingan seseorang individu, tetapi ia adalah parti
yang memperjuangkan keadilan dan berlandaskan kepada kehendak hakikat dan
syariat Islam. Parti Islam ini tidak boleh dicemari oleh unsur lain dari unsur
yang di tuntut Tuhan dan Agamanya.
Jika pun PAS telah melakukan
kesilapan sejak beberapa tahun dahulu, kita anggap sahaja sebagai seorang yang
sedang meniiti permatang sawah. Jika tergelincir kedalam sawah yang berlumpur
itu cepat-cepat naik ke permatang itu dan teruskan perjalanan sehingga sampai
ke penghujung lopak-lopak sawah itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.