Followers

Thursday, September 4, 2014

Hala Tuju Pas - MP Pas Dibelasah Kaw-Kaw Oleh Zulhazmi



Zulhazmi adalah bekas ahli mesyuarat (EXCO) dan timbalan pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.

Beliau telah meletakkan jawatannya baru-baru iniekoran kritikan 'keterlaluan' terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui Facebook.

Dalam satu surat terbuka yang ditulisnya kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak beliau secara sinis menggesa Najib agar menukar MP Gua Musang dengan MP Marang (Hadi) kerana menurutnya PAS mahukan MP Gua musang sebagai PM yang baru.

Zulhazmi merujuk kepada laporan tentang niat PAS untuk menjadikan Tengku Razaleigh, seorang anggota Umno, sebagai PM jika Pakatan memenangi pilihan raya umum lalu

Ini ulasan aku kepada tulisan bertajuk "Ke Mana Pas Mahu Dibawa?" tulisan Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Aku akan jawab & ulas perenggan demi perenggan kemudian aku cantumkan semuanya.

KE MANA PAS MAHU DIBAWA?

Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Jawapan & Ulasan Zulhazmi at-Takanan

Isu ini sebenarnya dan sepatutnya sudah tidak perlu dibangkitkan melainkan orang yang membangkitkan itu ada perasaan dendam kesumat yang tinggi. 
 
Isu 2 Adun yang menyokong PKR dan DAP bukan isu 2 Adun semata-mata tetapi isu berkaitan tahalluf PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Jika 2 Adun tersebut dikatakan tidak beradab kerana mendahului keputusan Jawatankuasa Pas Pusat, bagi aku Presiden lebih tidak beradab malah Majlis Syura Ulamak juga turut tidak beradab dalam adab organisasi PAS. 
 
Nanti aku ulas perkara tu dalam perenggan berikut. Dalam perenggan ini, aku cuma nak ulas berkaitan kesabaran ahli-ahli Pas yang prihatin dengan adab berjemaah.

Adab berjemaah di dalam PAS berpandukan kepada Perlembagaan PAS yang jelas. Perlembagaan meletakkan Al-quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sbg asas hukum utama. Perlembagaan juga memperuntukkan adab organisasi di dalam Pas baik Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan-dewan sehingga peraturan Muktamar. Semuanya ini disahkan dan dipandu oleh empat (4) asas hukum Islam yang nyata. 
 
Justeru untuk mengatakan bahawa 2 Adun tersebut tidak beradab, aku amat khilaf malah aku tetap dengan pendirian aku bahawa jika 2 Adun itu tidak beradab maka Presiden, Majlis Syura Ulamak dan beberapa Dewan Pemuda Negeri dan Perhubungan Pas Negeri juga tidak beradab.

Perenggan Ke-2

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua adun tersebut.

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

Aku telah menulis panjang lebar dari sudut Perlembagaan PAS berkaitan keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) bertarikh 6 Ogos 2014 yang mengekalkan TSKI sbg MB Selangor. Sehingga hari ini tiada sebarang hujah atau tulisan dari mana-mana pihak menjawab tulisan tersebut. 
 
Selagi tiada tulisan @ hujah menyangkal tulisan aku tu maka selagi itu tulisan aku sah dan hujah aku bahawa MSU telah melanggar Perlembagaan PAS adalah kekal. 
 
Apabila MSU telah membuat keputusan yang melanggar Perlembagaan, maka keputusan MSU adalah tidak sah dan tidak terpakai. 
 
Tuduhan bahawa 2 Adun tersebut sewenang-wenang melanggar keputusan MSU adalah tuduhan yang dangkal yang disertakan dengan niat jahat dari hati yang busuk.

MSU membuat keputusan mengekalkan TSKI sbg Menteri Besar pd 6/8/2014 tetapi 2 Adun membuat keputusan menyokong DS Wan Azizah selepas TSKI dipecat. 
 
Apabila TSKI dipecat dari parti beliau, maka keputusan MSU yang menyokong beliau sudah terbatal kerana TSKI bkn lagi ahli PKR yang bersama PR yang mana PAS di dalam PR. 
 
Apabila 2 Adun tidak menyokong TSKI maka tindakan mereka jelas tidak melanggar keputusan MSU. Lagi pun keputusan MSU memang dari awal lagi sudah tidak sah mengikut Perlembagaan PAS.

Perkara yang sama berlaku pada 17/08/2014 apabila JKPP membuat keputusan bersetuju menukar TSKI dan mencalonkan 2 nama pengganti Menteri Besar. 
 
Apabila JKPP membuat keputusan yang sama seperti 2 Adun tersebut, gegak gempita alam dipuji keputusan JKPP, ada yang mengatakan itu keputusan pewaris Nabi, ada yang mengatakan ia keputusan yang tepat malah Setiausaha MSU juga mempertahankan bahawa keputusan JKPP tidak bercanggah dengan keputusan MSU pada 6/8/2014. 
 
Jika keputusan JKPP tidak melanggar keputusan MSU, kenapa & bagaimana keputusan 2 Adun tersebut boleh dianggap melanggar keputusan MSU?

Jangan bermuka-muka dalam tindakan. Mula-mula pertahan TSKI, siapa yang tidak ikut dilabel melanggar adab, kemudian setuju tukar TSKI dan katakan keputusan itu tepat dan yang dilabel tidak beradab dulu masih dimaki hamun dan diqunutnazilahkan.

Perenggan Ke-3

Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. 
 
Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 adun UMNO yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

Perenggan ini paling seronok dibaca. Perenggan ini dengan JELAS, TERANG dan NYATA hasrat sekelompok dalam PAS lebih2 lagi penulis artikel ini untuk bersama dengan UMNO. Sudah terang lagi bersuluh. Tak perlu nafi atau dikatakan salah tafsir kerana tulisan ini amat jelas.

At-Takiri mengatakan bahawa kesan secara teknikal sokongan 2 Adun PAS kpd Wan Azizah menyebabkan TSKI tidak boleh kekal sbg MB kerana hilang majoriti. 
 
PKR dan DAP yang pada mulanya ada 28 sokongan Adun telah menjadi 30 dgn sokongan 2 Adun PAS manakala TSKi ada sokongan 26 Adun termasuk 13 baki dari PAS dan 12 ADUN UMNO yang menyokong tanpa syarat.

Baca elok-elok. At-Takiri tulis dan membuat PENGAKUAN bahawa TSKI boleh kekal jika semua Adun PAS (15) menyokong TSKI bersama 12 ADUN UMNO yang menyokong tanpa syarat. Dalam keadaan 15 Pas bersama 12 Umno dan 1 bebas (TSKI) maka bilangan kerusi dlm Dun adalah sama 28-28, maka TSKI boleh dikekalkan. Malah peluang TSKI kekal amat tinggi dengan tindakan membeli beberapa Adun PKR yang PAS rancang.

Nak kelentong apa lagi??? Memang JELAS ada usaha daripada kalangan sekelompok dlm PAS yang telah bersetuju bersama UMNO di Selangor. Ini bukti yang amat jelas. Mereka marah kepada 2 Adun yang menyokong Wan Azizah kerana plan strategik mereka bersama Umno gagal di tengah jalan.

Dalam keadaan inilah kemudiannya at-takiri mengatakan bahawa JKPP membuat keputusan menghantar 2 nama calon pengganti. Apa maksudnya? 
 
Maksudnya apabila gagal bersama Umno maka sekelompok dalam PAS ini cuba menggagalkan Wan Azizah sbg MB dan seterusnya menjadi jarum UMNO memecahkan PKR dan seterusnya Pakatan Rakyat. Inilah objektif kenapa 2 nama dihantar. Orang yang waras akan berfikir dengan waras. Orang yang hati busuk saja buat perangai tu.

Perenggan Ke-4

Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. 
 
Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. 
 
Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Ulasan & Jawapan Zulhazmi.


Perenggan ini mengulangi perenggan terdahulu iaitu niat jahat hati busuk memburuk-burukkan 2 Adun yang menyokong Wan Azizah. 
 
Perlu diingat semula bahawa tindakan 2 Adun ini bukan menyokong Wan Azizah secara peribadi tetapi lebih UTAMA ialah mengekalkan kewujudan Pakatan Rakyat yang diputuskan oleh Muktamar Pas. 
 
Dalam keadaan PAS Pusat terumbang-ambing tiada keputusan rasmi, 2 Adun ini menjadi galang ganti sebagai penyelamat maruah PAS. 
 
Akhirnya keputusan JKPP pd 17/08/2014 juga sama seperti tindakan yang diambil oleh 2 Adun ini. MAKA mereka selayaknya diangkat sebagai HERO. Yang menentang HERO ialah penjahat, pengkhianat, duri dalam daging yang jelas hendak bersama musuh politik utama iaitu UMNO!!! Itu jelas.

Perenggan Ke-5

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsapp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. 
 
Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. 
 
Amanahkan mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Ulasan & Jawapan Zulhazmi

Isu whatsapp dibocorkan, isu mesyuarat dibocorkan, bagi aku tak perlu nak meroyan di alam maya. Kenapa tidak ditubuhkan jawatankuasa siasatan dlm JKPP menyiasat siapa yang membocorkan maklumat atau siapa yang sebar printscreen whatsapp?? 
 
Masuk mesyuarat JKPP dan usulkan supaya disiasat dan diambil tindakan. PAS Pusat ada Jabatan IT yang boleh membuat siasatan. 
 
Perkara ini bukan baru. FB El-Haraki juga membuat ulasan perkara yang dibincang secara detail dlm mesyuarat tapi dibiarkan. Kenapa? Sebab El-Haraki bersama mereka. Saraf jahat ni tak perlu nak guna la... Kata fikrah Islam buat la cara Islam.

Siasat dan ambil tindakan. Jika tak siasat, jangan nak ungkit dan kondem pimpinan jenis apa, kualiti apa... apabila awak tanya org pimpinan jenis apa... Awak tu di mana?? Awak pimpinan jenis apa?? Kata dulang paku serpih... tepuk air di dulang.

Perenggan Ke-6 & Ke-7

Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. 
 
Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan diluar jangkauan akal manusia yang waras !

Jawapan & Ulasan Zulhazmi.

Aku mintak At-Takiri sebutkan dengan jelas berapa aduan dibuat kepada Pas Pusat ke atas 2 Adun ini. Sebagai pimpinan bertaraf PHD aku nak nasihatkan supaya faham prosedur tatatertib dan faham Perlembagaan parti. 
 
Kalau tak faham boleh rujuk lawyer swasta yang ada dlm Pemuda Pas Pusat. Tindakan tatatertib kepada mana-mana ahli hendaklah melalui laporan kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung. Ini jelas. 
 
Tidak ada peruntukkan bahawa usul dalam mesyuarat agong kawasan atau muktamar dewan boleh dijadikan laporan tatatertib melainkan dewan atau kawasan yang membuat usul menulis laporan rasmi kpd SUA atau pejabat Agung untuk tindakan diambil.

Dalam keadaan suatu laporan atau aduan dibuat kepada seseorang ahli atau mana-mana kumpulan ahli, mereka tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah. itu konsep keadilan Islam dan juga keadilan manusia sejagat. 
 
Maka selagi mereka tidak dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib atau JKPP maka mereka tidak bersalah. Ahli yang dituduh juga berhak membela diri justeru jika terdapat siapa sahaja tak kira ahli biasa atau pimpinan tertinggi yang menyokong 2 Adun tersebut adalah tidak salah kerana masing2 mempunyai hujah tersendiri. 
 
Jika at-Takiri rasa 2 Adun itu salah, aku pulak ada hujah bahawa 2 Adun itu tidak salah. Jom kita lawan depan Jawatankuasa Tatatertib. 
 
Jangan nak sebar dakyah busuk di alam maya. Jangan burukkan nama USTAZ dengan perangai huduh hang seorang!!! Jangan kerana kerbau seekor habis semua ustaz dikata jahat!!

at-takiri terkejut konon tindakan 2 Adun diarahkan pimpinan tertinggi. Aku lagi terkejut bila ada pimpinan tertinggi jadi umpan Umno untuk beli Adun PKR!!! Itu lagi busuk, buruk dan hodoh!!! 
 
Guna kedudukan sebagai ulamak untuk buat kerja busuk cukup malang bagi Islam. Selalu kata kpd Ulamak Umno sbg ulamak jahat dan ulamak terompah. Adakah terompah itu yg diguna oleh sekelompok ulamak dalam PAS atas nama Melayu Islam?? 
 
Tolonglah kami!! Kami tidak mahu Ulamak PAS dipandang hodoh dek kerana tindakan seorang dua yang berkepentingan!! kami sayang Ulamak kami. Kami bersama ulamak tapi jangan ulamak bawa kami ke lubang yang jahanam!!!

Perenggan Ke-8

Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan UMNO. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?

Ulasan & Jawapan Zulhazmi.

Perenggan ini ditulis khusus kepada Naib Presiden Dato' Husam Musa. DHM ada keluarkan kenyataan bahawa ada usaha segolongan di dalam PAs menggunakan institusi tertentu untuk bersama Umno. Maka At-Takiri menujukan perenggan ini kepada DHM.

Aku nak sebutkan bahawa apa yg DHM sebut itu amatlah berlapik sekali. Kalau aku yang keluarkan kenyataan, aku akan direct terus kepada institusi tu. 
 
Maka aku nak sebut bahawa ada jarum Umno di dalam Institusi Majlis Syura Ulamak. Umno cuba menggunakan beberapa kerat ahli MSU untuk kepentingan Umno. 
 
Umno ingat dengan gunakan pimpinan di dalam MSU maka semua ahli PAS akan taat dan wala' begitu saja?? Umno silap!! Bukan semua ahli PAS bodoh mcm yang Umno sangka. 
 
Ada ahli PAS yang bodoh dengan gelaran Doktor PHD tapi ada juga ahli PAS yang cerdik walaupun petani nelayan. Umno boleh guna boleh beli beberapa org dlm MSU tapi Umno tak boleh beli kami ahli2 Pas di bawah.

Jangan ingat kami tak tau ada Ahli Majlis Syura yang menjadi broker membeli Adun PKR. Jangan ingat aku tak tahu ada Ahli Majlis Syura yang jadi juru cakap syarikat besar Umno untuk deal projek2 tertentu. 
 
Kalau ini semua fitnah. Sila saman aku. kalau tak saman aku maka aku juga berhak dipertahan oleh Majlis Syura Ulamak kerana aku tidak pernah disabitkan salah di mana-mana Mahkamah.

Jangan gunakan kedudukan di dalam Majlis Syura untuk buat kerja jahat.

Perenggan Ke-9 & Ke-10

Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.

Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. 
 
Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah???

Ulasan & jawapan Zulhazmi.

Perenggan ini cukup jahat. Cukup busuk dengan buruk sangka. Aku tak hairan klu yang tulis tu nangoi cangak mcm aku tapi yang tulis adalah seorang Ahli Parlimen, ulamak, bergelar DATO' dan ada doktor PHD.

Berkaitan Isu UG ni sekali lagi aku rujuk kepada perenggan 3 yang At-Takiri sendiri tulis. Dia sendiri dengan jelas sebut nak bersama Umno di Selangor.

PAS 15 bersama 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat!!! Umno menyokong PAS tanpa syarat!!! Woi!!!! Apa punya kepala lutut hang nie?? Sejak bila Umno suka dengan PAS??? Bukan UG lagi ka kalau dah Umno sokong tanpa syarat??? Hang buat PHD bidang apa??

Perenggan Ke-11

Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.

Ulasan & Jawapan Zulhazmi.

Adab berjemaah tidak kira siapa samada Mursyidul Am atau Presiden atau ahli biasa mcm aku. Tapi bila seseorang itu di peringkat tertinggi seperti Mursyidul Am atau Presiden, maka lebih lagi perlu menjaga adab dlm organisasi.

Presiden selalu ingatkan pimpinan di bawah jangan keluarkan pendapat peribadi tetapi perlu lebih dulu rujuk kepada parti yang membuat keputusan secara jemaah atau syura. 
 
TAPI dalam hal krisis Selangor, Presiden yang terlebih dahulu mendahului parti. Apa yang Presiden sebut? Presiden sebut begini

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza"

Berdasarkan kata-kata Presiden sendiri jelas bahawa pendirian Presiden menyokong TSKI adalah pendirian peribadi yang bukan dibuat melalui mesyuarat/syura PAS Pusat. Presiden nyatakan sikap beliau dah seterusnya mengharapkan pimpinan PAS bersama. 
 
Dalam konteks ini sepatutnya Presiden membawa pendapat peribadi beliau bersama hujah dan bukti untuk dibentang di dalam mesyuarat, dibincangkan dan diputuskan. 
 
Apa yang berlaku sebaliknya apabila Presiden keluarkan pendirian peribadi dan kemudian ada pihak anggap ianya perintah parti. Itu bukan konsep jemaah. Itu bukan adab dlm jemaah. Aku dah sebut benda ni dlm mesyuarat Pemuda Pas Pusat pd 9/8/2014 yang lalu.

Lebih teruk dan menyedihkan apabila pendirian peribadi tersebut diwar-warkan secara terbuka dan dianggap perintah, apabila ada yang tidak setuju dianggap khianat dan durhaka. 
 
Lebih teruk lagi apabila terhidu ada penentangan terhadap pendirian tersebut, Majlis Syura pulak dilibatkan dan diturut serta dalam kancah yang tidak elok sehingga rosak imej Majlis Syura dipergunakan untuk tujuan peribadi.

Ini bukan dijaja reka oleh sesiapa tetapi org yang berfikiran terbuka dan waras akan boleh berfikir mengikut kronologi dan membuat kesimpulan dengan waras. Majlis syura dipergunakan untuk kepentingan tertentu bukan untuk kepentingan PAS!!!

Perenggan Ke-12 dan terakhir.

Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. 
 
Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?

Kemanakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!!!

Ulasan dan Jawapan Zulhazmi.

Buruk sangka!! Dari awal lagi aku tulis, pada bila-bila masa pun aku tulis, aku bertanggungjawab dgn setiap yang aku tulis. Aku ahli PAS dan aku sayang PAS lebih dari aku sayang Presiden PAS. Dulu aku sayang Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadzil Noor. 
 
Beliau meninggal dunia dlm keadaan kekal & cekal melawan Umno. kemudian beliau diganti oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sehingga sekarang. Semangat peninggalan Ustaz Fadzil itulah yang ada pada aku meneruskan perjuangan PAS sebagai "wasilah' menegakkan dan mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia. 
 
Semangat dan tarbiyah Ustaz Fadzil itulah yang membara di kalangan kami anak muda untuk bersama PAS bersama PAKATAN RAKYAT menjahanamkan umno di muka bumi Malaysia.

Tidak ada serangan peribadi ke atas Presiden PAS sekarang. Aku hormati Presiden sbg Presiden dan ulamak hebat. Aku hormati & kagum dengan Presiden yang cekal dengan PAS melawan Umno dan melawan kezaliman serta memacu PAS menegakkan Islam. 
 
Tapi aku juga berhak untuk menyatakan suara hati aku berdasarkan pengalaman hidup, tarbiyah dan ilmu tentang apa yang sedang dan akan berlaku. Aku nampak Presiden semakin dipergunakan untuk entah apa tujuan yang tidak pasti. Mereka mempergunakan susuk tubuh Presiden menghalalkan apa saja tindakan. Aku saya Presiden tapi aku sayang PAS melebih Presiden.

Sejarah membuktikan suatu ketika dulu Presiden PAS yang lari dari perjuangan dan hala tuju PAS digantikan. Kita tidak mahu sejarah itu berulang. PAS telah lama wujud sehingga mampu mendapat sokongan majoriti pengundi samada melayu dan bukan melayu. 
 
Bukan mudah untuk mencapai tahap tersebut dlm keadaan PAS tidak pernah berganjak drpd prinsip Islam. Transformasi PAS ini jangan diundurkan hanya kerana dendam kesumat peribadi. Jangan jadikan PAS sebagai pemangkin imej buruk Islam. Islam tertinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam.

Pas memperjuangkan Islam sebagai cara hidup tapi jangan disebabkan cara Pas mengendalikan sesuatu itu memberikan imej buruk kepada Islam.

Ke Mana PAS mahu dibawa??? Insya-Allah aku dan kawan-kawan akan tetap membawa PAS ke hadapan tanpa UMNO!!!!

Kesimpulan dari apa yang diperkatakan

Setelah kesemua perenggan tulisan "Ke Mana PAS Mahu Dibawa?" tulisan Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri aku jawab dan ulas, maka aku buat kesimpulan ringkas begini :

Keseluruhan tulisan at-Takiri menggambarkan hati busuk beliau terhadap 2 Adun Selangor iaitu Shaari Sungip dan Hasnul. Hasad dengki at-Takiri kepada 2 Adun tersebut ialah kerana tindakan mereka berdua telah menggagalkan usaha pembentukan Kerajaan Bersama antara PAS dan UMNO yang berMenteri Besarkan Adun bebas.

Bayangkan betapa bodohnya jika Shaari dan Hasnul tidak menyokong Wan Azizah maka akan wujud sebuah kerajaan gabungan 15 Adun PAS bersama 12 Adun Umno yang "menyokong tanpa syarat" dan berMenteri Besarkan Tan Sri Khalid yang merupakan Adun Bebas. Konsep apa yang at-Takiri dan kelompok dia guna dalam politik macam ni???

Bila Takiri tanya ke mana Pas mahu dibawa? Maka bagi aku at-Takiri nak bawa PAS bersama Umno TAPI aku tetap akan bantah, tentang dan lawan!!!!!!

Khas kepada at-Takiri, jika terbaca tulisan aku, kalau tak puashati, terguris hati aku mintak maaf dan kalau nak berdebat aku tunggu......

Zulhazmi Shariff

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.