Followers

Tuesday, September 9, 2014

Guan Eng mohon ampun kepada Sultan Selangor - OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Photo: Guan Eng mohon ampun kepada Sultan Selangor

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Published: 9 September 2014

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan ingkar arahan menghantar hanya 1 nama untuk calon menteri besar Selangor. .

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan ingkar arahan menghantar hanya 1 nama untuk calon menteri besar Selangor. 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana membuat baginda berasa dukacita terhadap keputusan DAP hanya menghantar 1 nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, keputusan DAP mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail saja kepada baginda dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan lantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada 2013.

Beliau berkata, penghantaran nama presiden PKR itu turut disertakan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor kepada Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan kata sepakat Pakatan Rakyat (PR), calon menteri besar Selangor adalah daripada PKR.

"Bagi pihak DAP, saya ingin memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana menyebabkan Tuanku merasa dukacita terhadap keputusan DAP mengemukakan nama Adun Kajang Dr Wan Azizah saja sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu," kata Lim dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Lim berkata, beliau akan berunding kembali dengan Anwar berhubung perkara itu.

"DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan Anwar tentang titah Sultan yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh setiausaha sulit baginda," katanya. – 9 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/guan-eng-mohon-ampun-kepada-sultan-selangor#sthash.CIcbKF5p.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.