Facebooker pro Tan Sri Khalid Ibrahim, archidea.cronixx meletakkan dua kaedah yang bakal dilakukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan krisis politik Selangor.
Pertamanya, mengarahkan barisan peguamnya untuk menyaman Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu tersebut.
“Anwar
Ibrahim baru sahaja mengarahkan beberapa peguam dalaman PKR beliau untuk
mengambil tindakan susulan mahkamah menghentikan dan membatalkan
hak-kuasa Sultan Selangor keatas Perlantikan Tuanku Sultan keatas
Jawatan Menteri Besar Negeri Selangor.
“Dalam
waktu yang sama menzahirkan kononnya ingin menerima dan berdamai dengan
Tan Sri Khalid agar dilihat kononnya Rakyat dan ahli PKR akan bersangka
baik terhadap beliau TETAPI dalam waktu yang sama mengarahkan para
peguam PKR menjustifikasikan satu saranan undang-undang agar Tuanku
Sultan Selangor disamam dan tidak menggunakan hak imuniti Baginda
sebagai Tuanku Sultan.
“Dan Anwar ni arahkan PKR dan Pakatan Rakyat yang ambil tindakan susulan kes ni ke mahkamah
“Dia akan berpura-pura kononnya tak tahu-menahu,” dedah archidea.cronixx
Keduanya, Khalid dipujuk semula menyertai PKR dan dikekalkan sebagai MB Selangor.
Archidea.cronixx
yang memetik sumber bnbbc.my mendedahkan terdapat satu usaha yang
diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang
memujuk Khalid agar kembali kepada PKR.
“Itu
cerita panas sejak semalam apabila PKR dikatakan semakin buntu mencari
penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan khuatir Adun PAS
yang akan mendapat perkenan Sultan Selangor menggantikan Khalid.
“Sumber
rapat dengan Khalid memberitahu, Presiden PKR itu mahu Khalid yang
dipecat dari parti bulan lalu kembali kepada PKR dan kekal sebagai
Menteri Besar.
“Khalid bagaimanapun tidak merayu pemecatannya itu.
“Wan
Azizah dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden parti
hubungan rapat beliau dengan Khalid sebelum ini untuk memujuk Adun Bebas
Pelabuhan Klang itu.
“Selain
khuatir Adun PAS dilantik menteri besar, Wan Azizah dikatakan turut
bimbang kemungkinan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan beberapa
Adun parti itu akan menyokong calon PAS sebagai menteri besar selepas
perkenan Sultan Selangor.
“Difahamkan,
tiga Adun PKR yang diketahui rapat dengan Azmin bersedia memberikan
sokongan kepada Adun PAS jika dilantik sebagai menteri besar,” lapor
portal itu.
Wan Azizah dilaporkan juga turut khuatir jika Azmin sendiri akan dilantik sebagai Menteri Besar.
The
Malaysian Insider melaporkan Dewan Ulama PAS hari ini menegaskan bahawa
mereka mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana percaya
beliau tidak bersalah atas tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Ketua
Dewan PAS Ulama Datuk Ahmad Yaakub turut memberi dua alasan mengapa PAS
tidak boleh bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu
Khalid digantikan dengan Wan Azizah.
Ahmad
berkata Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar dan menegaskan
“Langkah Kajang” untuk meletakkan beliau sebagai menteri besar adalah
membazirkan duit rakyat.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.