Sering kali Rakyat Malaysia Diberitahu agar jangan Menderhaka kepada
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Sultan-Sultan Melayu terutama
nya Orang-Orang Melayu kerana dikatakan Baginda adalah umpama Tiang Seri
sesebuah Negeri dan Negara, namun menurut Pakar Perlembagaan Dr. Abdul
Aziz Bari bahawa Undang-Undang di
Malaysia tidak menyifatkan DERHAKA kepada Sultan dan Raja itu sebagai
satu
kesalahan jenayah.
Menurut kata beliau "Pertamanya, setahu saya, tiada Undang-Undang di
Malaysia yang Menjenayahkan apa yang dikatakan sebagai Derhaka. Derhaka
bukan satu Kesalahan.
Undang-Undang yang digunapakai di Malaysia
tidak sama dengan Undang-Undang yang diguna pakai di Thailand, yang
meletakkan Derhaka
sebagai satu Kesalahan Jenayah dimana Hukuman atau Tindakan boleh
diambil
terhadap Sesiapa yang didapati Menderhaka kepada Sultan atau Raja.
"Di Malaysia tidak ada Undang-Undang Derhaka, jadi itu hak ‘pihak’
berkenaanlah untuk Menderhakakan sesiapa sahaja
untuk jadi Katak ke atau apa pun, Saya harap Raja-Raja dan Pihak Istana
faham serta tidak termakan FITNAH UMNO
yang mengatakan PKR dan DAP KURANG AJAR, ini tidak timbul.
Kita pegang
Prinsip Perlembagaan, Negara ini mengamalkan Demokrasi. Dalam Demokrasi
tidak
ada yang dikatakan KUASA MUTLAK sebagaimana tiada Kuasa Mutlak dalam
Islam".
"Dari mana Kuasa Mutlak ini. Apa Asasnya ?, yang ada Kuasa Mutlak hanya
Allah SWT sahaja. Di Negeri Selangor sudah mempunyai 30 SD dari Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail.
Apabila
Sultan Menitahkan dan mengeluarkan Perintah meminta nama lain, pada
saya ini SALAH dari segi Undang-Undang.
Konsep Demokrasi Berparlimen
jelas Melindungi Istana daripada Terlibat dalam Kancah Politik".
"Adakah Pihak Istana SANGGUP Dipersalahkan
atau Dilibatkan sekiranya Kerajaan Negeri GAGAL ?, andai kata Kerajaan
tersebut LANTIKAN Peribadi Raja atau Sultan. Apakah Raja atau Sultan
mahu Menanggung KEGAGALAN tersebut.
Disini Pihak istana Perlu Sedar yang
URUSAN Pentadbiran Kerajaan Negeri
digerakkan oleh Sebuah Kerajaan yang DIPILIH RAKYAT dan segala Urusan
Pentadbiran di bawah Tanggungjawab mereka".
Rupa-rupanya selama Umno Memerintah konon nya sebagai Pembela Raja-Raja
Melayu tidak pernah Ujud Undang-Undang yang dikatakan MENDERHAKA tu
beb, Menderhaka hanya ada pada ISTILAH yang boleh diguna Pakai oleh
sesiapa dan ditujukan kepada sesiapa.
Alamak... selama ini Mamposss
Orang Melayu DITIPU oleh Pemimpin Umno. Patutlah dikatakan Umno adalah
Pembela Raja-Raja Melayu beb, rupa Tiada Undang-Undang Derhaka
diujudkan... kah kah kah !.
Oleh itu pada gua jika ada Tindakan Rakyat Malaysia yang dikatakan
sebagai Menderhaka kepada Raja atau Sultan sepatutnya yang Pertama
diambil Tindakan ialah kepada Umno dan Pemimpin Umno, atas sebab yang
Memerintah selama Berpuluh Tahun baik Negara Malaysia mahu pun Negeri
Selangor adalah Parti Umno serta Pemimpin.
Ini kah yang dikatakan
Pembela kepada Raja dan Sultan namun Undang-Undang Derhaka kepada Raja
dan Sultan pun tidak diujudkan.
Atau Kemungkinan Undang-Undang Derhaka tidak mahu diujudkan supaya Umno
serta Pemimpin Umno boleh Menderhaka sesuka hati Mak Bapak dia orang
jika dia orang mahu Menderhaka.
Sering kali apabila Pemimpin Umno yang
melakukan sesuatu Perbuatan Menderhaka kepada Raja atau Sultan ianya
dipanggil akan dikatakan Memberi Nasihat atau Menegur bukan Menderhaka.
Bijak beb Bijak... ini lah dia kalau dah Anak Kelahiran Inggeris
Penjajah maka Perangai pun sebiji macam Inggeris Penjajah... kah kah kah
!. sumber diedit dari fmt
hemmmmm... setahu gua rakyat yang paling taat kepada raja dan sultan
dalam dunia ni adalah bekas ulul amri umno dari kerela, walaupun dari
kerela namun beliau adalah rakyat malaysia yang paling taat pada raja
dan sultan... kah kah kah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.