Followers

Wednesday, September 10, 2014

Dengan harta dan wang pula manusia boleh terus mendapat kuasa...

Photo: Kebanyakan manusia mahukan kuasa....kerana dgn kuasa manusia  boleh memenuhi kehendak diri...seperti wang dan harta. Dengan harta dan wang pula manusia boleh terus mendapat kuasa...

Kuasa melambangkan kelebihan dan kekuatan. Seseorang yg menjadi ketua atau pemimpin, baik apa nama pun ketua itu....raja, sultan, presiden, yg dipertua, pengerusi..dll akan merasa tidak senang, mungkin marah jika kata2, arahan, keputusan dan tindakannya tidak dituruti atau dipatuhi.

Seorang ayah atau ibu ( ketua keluarga) akan marah bila anak2 tidak ikut ckp mereka.

Di kalangan orang2 Melayu, institusi raja telah ada sejak berabad-abad yg lalu. Dulunya raja2  mempunyai kuasa mutlak....kata raja benar belaka....

"Bulat titah tuanku maka bulatlah kata patik"..... (walaupun benda itu bujur!).

Tiba2 setelah kita mencapai kemerdekaan, kita memilih utk mengekalkan institusi beraja tetapi dgn perubahan...iaitu dengan konsep raja berpelembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen, di mana rakyat telah diberi kuasa utk memilih secara bebas parti2 politik dan wakil2 rakyat utk mewakili mereka ke parlimen dan  dewan undangan negeri.

Tiba2 golongan raja-raja sedar dan maklum bahawa mereka sudah tidak mempunyai kuasa mutlak seperti dulu. Walau bagaimanapun, raja-raja Melayu tetap dihormati dan disanjung sebagai payung kepada rakyat, tempat rakyat mengadu bila berlaku perkara2 yg tidak mampu diselesai oleh para pemimpin politik. Raja-raja pula  diharapkan bersikap bijaksana serta berkecuali dan berusaha utk menyelesaikan masalah dan pertikaian rakyat secara adil. Sikap berkecuali pihak tuanku raja-raja sangat penting kerana semua penduduk negara atau negeri tertentu adalah rakyat baginda belaka. Umpama ibu dan ayah dlm sesebuah keluarga, perlu menunjukkan sikap adil antara anak-anaknya.

Tapi, seperti yg dikatakan pada awal tadi, naluri seseorang ketua atau pemimpin yang ingin dihormati dan menunjukkan bahawa mereka ada kewibawaan ialah kata2 atau arahan mereka dipatuhi, diikuti ataupun dilakukan seperti mana yg dikehendaki.

Umpama sebuah keluarga.....walaupun anak-anak sudah dewasa dan berpendidikan tinggi dan mampu membuat keputusan sendiri dalam semua perkara tetapi naluri seorang ayah dan ibu ingin juga melihat dan merasai bahawa mereka masih dihormati,  bahawa pandangan dan nasihat mereka dipeduli dan diberi perhatian. Jika anak2 itu merasakan nasihat ibubapa itu mungkin tidak tepat atau kurang sesuai, anak2 seharusnya menolak dengan penuh diplomasi dan beradab sopan utk menjaga hati ibubapa supaya tidak terguris.......ibubapa sangat terasa.....begitu sensitif....mudah terguris. Kalau merajuk ok juga masih boleh dipujuk. Tapi, kalau marah...? Hah...susah jadinya. Dalam hal ini.....raja seperti juga seorang ayah dan ibu....

Sungguhlah banyak kata2 bestari yg menggambarkan kebijaksanaan dalam bertindak.....

Ular dipukul biar mati.....kayu pemukul tidak patah....tanah pula tidak rosak hancur......

Umpama menarik rambut dalam tepung....rambut dapat ditarik keluar, tepung pula tidak berserakan....

Memang sukar....tapi itulah realiti kehidupan.....itulah realiti budaya dan resam.....tersalah tindak walaupun betul ikut peraturan, dikatakan kita "kurang asam"........Kebanyakan manusia mahukan kuasa....kerana dgn kuasa manusia boleh memenuhi kehendak diri...seperti wang dan harta. 


Kuasa melambangkan kelebihan dan kekuatan. Seseorang yg menjadi ketua atau pemimpin, baik apa nama pun ketua itu....raja, sultan, presiden, yg dipertua, pengerusi..dll akan merasa tidak senang, mungkin marah jika kata2, arahan, keputusan dan tindakannya tidak dituruti atau dipatuhi.

Seorang ayah atau ibu ( ketua keluarga) akan marah bila anak2 tidak ikut ckp mereka.

Di kalangan orang2 Melayu, institusi raja telah ada sejak berabad-abad yg lalu. Dulunya raja2 mempunyai kuasa mutlak....kata raja benar belaka....

"Bulat titah tuanku maka bulatlah kata patik"..... (walaupun benda itu bujur!).

Tiba2 setelah kita mencapai kemerdekaan, kita memilih utk mengekalkan institusi beraja tetapi dgn perubahan...iaitu dengan konsep raja berpelembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen, di mana rakyat telah diberi kuasa utk memilih secara bebas parti2 politik dan wakil2 rakyat utk mewakili mereka ke parlimen dan dewan undangan negeri.

Tiba2 golongan raja-raja sedar dan maklum bahawa mereka sudah tidak mempunyai kuasa mutlak seperti dulu. Walau bagaimanapun, raja-raja Melayu tetap dihormati dan disanjung sebagai payung kepada rakyat, tempat rakyat mengadu bila berlaku perkara2 yg tidak mampu diselesai oleh para pemimpin politik. 
Raja-raja pula diharapkan bersikap bijaksana serta berkecuali dan berusaha utk menyelesaikan masalah dan pertikaian rakyat secara adil. Sikap berkecuali pihak tuanku raja-raja sangat penting kerana semua penduduk negara atau negeri tertentu adalah rakyat baginda belaka. 
Umpama ibu dan ayah dlm sesebuah keluarga, perlu menunjukkan sikap adil antara anak-anaknya.

Tapi, seperti yg dikatakan pada awal tadi, naluri seseorang ketua atau pemimpin yang ingin dihormati dan menunjukkan bahawa mereka ada kewibawaan ialah kata2 atau arahan mereka dipatuhi, diikuti ataupun dilakukan seperti mana yg dikehendaki.

Umpama sebuah keluarga.....walaupun anak-anak sudah dewasa dan berpendidikan tinggi dan mampu membuat keputusan sendiri dalam semua perkara tetapi naluri seorang ayah dan ibu ingin juga melihat dan merasai bahawa mereka masih dihormati, bahawa pandangan dan nasihat mereka dipeduli dan diberi perhatian. 
Jika anak2 itu merasakan nasihat ibubapa itu mungkin tidak tepat atau kurang sesuai, anak2 seharusnya menolak dengan penuh diplomasi dan beradab sopan utk menjaga hati ibubapa supaya tidak terguris.......ibubapa sangat terasa.....begitu sensitif....mudah terguris. Kalau merajuk ok juga masih boleh dipujuk. 
Tapi, kalau marah...? Hah...susah jadinya. Dalam hal ini.....raja seperti juga seorang ayah dan ibu....

Sungguhlah banyak kata2 bestari yg menggambarkan kebijaksanaan dalam bertindak.....

Ular dipukul biar mati.....kayu pemukul tidak patah....tanah pula tidak rosak hancur......

Umpama menarik rambut dalam tepung....rambut dapat ditarik keluar, tepung pula tidak berserakan....

Memang sukar....tapi itulah realiti kehidupan.....itulah realiti budaya dan resam.....tersalah tindak walaupun betul ikut peraturan, dikatakan kita "kurang asam"........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.