Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri
Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran
Menteri Besar.
“Azmin Ali sila berhenti menjadi watak baik di depan tetapi duri dibelakang,” berikut adalah kenyataan aktivis terkenal, Che’gu Bard dalam
satu sidang media sebentar tadi.
Jelas beliau, Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk
menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen
mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.
“Selepas PRU-13, dia menjaja cerita kononnya Anwar telah menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia.
“Kekecewaan itu telah menyebabkan dia menyerang Ketua Umum, Presiden PKR
dan PR melalui perang saraf yang tersusun sehingga terbuka menyerang
pimpinan tertinggi parti melalui media sosial bawah kendaliannya,” jelas
beliau.
Tambah beliau lagi, Azmin Ali turut menggunakan media dan orang-orangnya
memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum dan keluarga.
“Bukan musuh, tetapi dia membuat kerja musuh. Kartel Azminlah yang
mencipta istilah Istana Segambut, keputusan mesyuarat dalam bilik/ dalam
kelambu dan Azizah pemimpin remote.
“Kononnya anda tak nak jawatan MB tetapi sehingga kini, tanpa henti
terus menemui secara sendiri atau menghantar wakil bertemu pemimpin
tertinggi PAS mahupun DAP memujuk namanya turut dicalonkan,” katanya.
Menurut Che’gu Bard, ramai anak muda dan penyokong di luar sana bosan
dan memperlahankan penglibatan dengan parti kerana Azmin dan kartelnya.
“Saya yakin dan percaya dia telah melanggar banyak disiplin parti tetapi kenapa tindakan disiplin tidak diambil ke atasnya?.
“Saya kini digantung tidak bertempoh. Gantung ini tidak akan membunuh
semangat juang membetulkan negara tetapi harus membetulkan parti dahulu.
Gantung ini tidak matikan saya!. PKR rumah perjuangan saya, saya akan
terus berjuang di sini,” akhiri beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.