Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.
Berdasarkan
keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang
terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke
dalam kandang harimau.
Bagaimana
pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai
pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela
memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang
memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.
Maqsood
dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada
hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.
Pengarah
zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding
konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki
di bawahnya.
Harimau
putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada
Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit.
Apabila
orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau
dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising, barulah haiwan
itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan
berlumuran darah.
Dalam
pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang
membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa
selepas kejadian.
Difahamkan,
pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir
dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan
kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila
kawasan diceroboh secara tiba-tiba.
“Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo.
Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai.
Difahamkan
enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa
di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik
apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut. – MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.