SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail berkemungkinan bukan ADUN Selangor yang bakal mengangkat sumpah
sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Selasa ini.
Ini berdasarkan sumber istana yang dihubungi, berkata Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih ADUN wanita bagi menjadi
Menteri Besar yang baharu, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 23
September ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa ADUN yang bakal mengangkat
sumpah jawatan Menteri Besar daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah,
kelak mahupun mendedahkan daripada parti mana ADUN berkenaan.
"Itu saya tidak boleh ceritalah. Biar ia menjadi kejutan kepada semua. Kita tunggu hari Selasa ini," katanya.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor, di Istana Alam
Shah, Klang, jam 10.30 pagi itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan
Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani petang tadi.
Sementara itu, dua nama disebut-sebut bakal menjadi menteri besar
Selangor yang baharu, Selasa ini iaitu ADUN Chempaka, Iskandar Abdul
Samad, iaitu EXCO Kanan dalam pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini
dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan
Presiden PKR. ~berita harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.