Followers

Friday, September 12, 2014

Bekas Ketua Polis perlu cuba hukuman gantung, kata Dr Mahathir OLEH LEE SHI-IAN

Musa Disindir Mahathir!


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan perlu mncuba hukuman gantung, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. – TMI, September 11, 2014.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan "perlu mencuba sendiri hukuman gantung", kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini selepas Musa mencadangkan hukuman mati dikenakan kepada pesalah Akta Hasutan 1948.
Musa dilaporkan dalam akhbar hari ini berkata, pesalah melakukan perkara sama berulang kali ekoran tidak takut dengan undang-undang tersebut dan beranggapan hukuman yang dikenakan itu ringan.
Oleh itu, dia mengatakan hukuman mati mungkin boleh dikenakan kepada pesalah yang melanggar akta itu buat kali yang ketiga.
Namun, perkara itu perlu dipersetujui oleh penggubal undang-undang negara ini, katanya dipetik Sinar Harian.
"Mungkin Musa perlu cuba," kata Dr Mahathir ketika diminta mengulas perkara itu semasa satu majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.
Perdana menteri yang paling lama berkhidmat sejak 1981 sehingga 2003 itu ditanya mengenai siri pendakwaan mengikut akta berkenaan digunakan Putrajaya terhadap individu yang menyuarakan kenyataan kritikal yang didakwa mengandungi unsur hasutan.
Beliau bagaimanapun kelihatan keberatan untuk memberikan pandangannya selain komen ringkas terhadap Musa itu.
Dr Mahathir juga sebelum ini menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang pada 1987 dan 1998 untuk menyekat musuh politiknya.
Bekas perdana menteri itu juga menghadkan kuasa raja dengan pindaan Perlembagaan pada 1993 dengan menyingkirkan imuniti mereka berhubung kes pendakwaan jenayah.
Bagaimanapun, Umno Bahagian dan beberapa kumpulan masyarakat menuntut akta itu dikekalkan untuk melindungi kepentingan Melayu, Islam dan raja.
Musa kemudiannya mengeluarkan kenyataan berhubung hukuman mati itu sebagai sokongan kepada kumpulan yang mahu akta itu dikekalkan.
Beliau juga mencadangkan Malaysia menuruti langkah kerajaan Singapura yang masih mengekalkan ISA dan Akta Hasutan. – September 11, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.