Followers

Sunday, September 28, 2014

Azmin akan tangani isu-isu yang melanda Khalid

 
Menteri Besar Selangor Azmin Ali akan membincangkan isu-isu kontroversi yang melanda pentadbiran sebelum ini dalam mesyuarat sulung Exco kerajaan negeri Rabu depan.



Ini termasuk kenaikan elaun menteri besar, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan perjanjian air, katanya.

"Kami telah dinasihatkan oleh presiden parti dan ketua umum supaya mengkaji semula isu-isu tersebut.

"Kami akan membincangkan isu-isu ini pada hari Rabu," katanya di ibu pejabat PKR hari ini, selepas barisan ahli exco baru mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) sebelum itu
berkata beliau telah meminta Azmin memberi pertimbangan khusus kepada kenaikan elaun yang diumumkan oleh bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya telah menasihatkan menteri besar baru supaya membangkitkan perkara itu di sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang. Kenaikan elaun itu tidak munasabah," kata Anwar.

Mengenai Kidex, Anwar berkata, lebuh raya yang dicadangkan itu hanya akan memberi manfaat kepada "satu atau dua syarikat" yang merupakan "kroni" kerajaan persekutuan.

Beliau berkata perjanjian penstrukturan semula industri air antara Selangor dan kerajaan persekutuan, yang ditandatangani Khalid pada minggu-minggu terakhir tempoh perkhidmatannya, bagi memastikan ia tidak akan membebankan rakyat Selangor.

Beliau berkata, Khalid tidak pernah berjumpa dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan ahli Jawatankuasa Pusat, Dzulkefly Ahmad, yang menganggotai jawatankuasa khas Pakatan Rakyat untuk memberi nasihat kepada bekas menteri Besar mengenai perkara itu.

Kek dari Kak Wan

Anwar juga melahirkan keyakinannya terhadap "keupayaan dan komitmen" Azmin, dengan mengatakan bahawa menteri besar baru akan menunjukkan prestasi yang baik.

"Tetapi beliau memerlukan sokongan kuat dari ahli exco beliau serta
jentera kerajaan negeri," kata Anwar, yang telah menjadi bos Azmin sejak 1987 apabila Azmin dilantik sebagai seorang pegawai khas.

Azmin dilantik sebagai menteri besar selepas kemelut yang memakan masa berbulan-bulan, dengan Wan Azizah menarik balik pencalonan beliau untuk jawatan itu. Wan Azizah adalah calon tunggal parti itu..

Sementara itu, Wan Azizah meraikan menteri besar baru dan empat anggota exco dari PKR dengan jamuan kek.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.