KENYATAAN
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sedikit terguris
hati dengan kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang membuat komen
tentangnya tidak layak menjadi MB Selangor disebabkan kurang
berkebolehan sepertinya.
Azizah dalam memberi reaksi kepada komen Abdul Hadi itu mengakui akan kelemahan dirinya dan akan berusaha untuk memperbaiki.
"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
"Walau bagaimana pun tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh diperbaiki diri InsyaAllah," demikian kata Azizah dalam kenyataan yang diemailkan ke blog ini.
Beliau juga tetap mengenang budi baik pemimpin Pas yang banyak membantu dirinya dan keluarga terutamanya semasa suaminya Anwar Ibrahim dipenjara.
Kenyataan lima perenggan itu cukup rengkas tetapi padat sungguh mengharukan. Kita harap apa yang berlaku sama ada dipihak PKR dan teguran Abdul Hadi itu akan tambah mematangkan lagi politik presiden PKR itu.
Berikut adalah kenyataan penuh Dr Wan Azizah:
KENYATAAN MEDIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.
Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.
Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.
Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.
Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
8 September 2014 [wm.kl.7:04 pm 08/09/14]
Dr Wan Azizah cukuplah memalukannya. |

Datin Wan Azizah pelajar perubatan terbaik Royal College of Surgeon, Ireland tahun 1977
SEKADAR berkongsi maklumat yang gua dapat di twitter sebentar tadi.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa isteri kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim, iaitu Datin Seri Wan Azizah merupakan pelajar perubatan terbaik (Gold Medal) Royal College of Surgeon, Ireland tahun 1977.
Nama beliau ada tercatat di salah sebuah dinding kolej tersebut dan gambarnya dikongsikan oleh salah seorang sahabat kita yang berada di sana melalui Twitter. Sesuatu yang membanggakan, di kalangan nama-nama Mat Salleh yang tercatat sebagai pelajar terbaik, ada juga nama rakyat Malaysia di situ.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/12/datin-wan-azizah-pelajar-perubatan.html#ixzz3CjI2apV9
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.