Followers

Wednesday, September 3, 2014

Arah Kiblat

Photo: KIBLAT

senja menjenguk kala engkau masih di lautan
mengerah tulang belikat meraih pendapatan
perahu kau kayuh dengan keringat ketuaan
tidak mengenal lelah sakit dan kepenatan

kala langit hampir gelap berkumandang azan
engkau masih di sini meredah lautan
tiada gusar dan payah kau menghadap Tuhan
kerana segalanya telah tercatat dalam Hakikat Insan

gusar apa tentang kiblat yang harus kau hadap
lafaz niat usolli syuhudkan pandang
kiblat yang kau hadap ada dalam hatimu
kerana di mana kamu berpaling di situlah wajahNYA

susul solatmu dengan zikir dan tahmid
kerana tika itu kau berada di maqam Tauhid
diri yang berdiri diiring bersama nafi dan isbat
maka di situlah duduknya dirimu dalam Tauhid dan Makrifat
KIBLAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.