Followers

Monday, September 29, 2014

Anwar: Saya tak campur pentadbiran Azmin

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan memberi 'arahan' atau mencampuri urusan pentadbiran menteri besar baru Selangor Azmin Ali.
Beliau sebelum ini meminta Azmin mendedahkan pihak yang mendapat mendapat manfaat daripada perjanjian penstrukturan semula air negeri.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau hanya meminta penjelasan daripada pentadbiran baru itu mengenai kenaikan gaji mendadak untuk wakil rakyat, pembinaan lebuh raya KIDEX serta perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya.

"Saya hanya minta penjelasan daripada menteri besar dan kerajaan yang baru supaya kita dapat maklumat ini saya tidak tentukan apa-apa dan hukuman.

"Siapa nak untung itu hak dia, tapi proses kena ikut, peraturan kena ikut jangan untung untuk orang atas kerana kita nak mempertahankan kedudukan kita kemudian rakyat kena bayar lebih," tegas beliau.

'Bantu pelajar miskin'

Sementara itu, Anwar turut menggesa pentadbiran Azmin membantu pelajar miskin di Universiti Selangor (Unisel) yang tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan kerana tidak mampu membayar yuran pengajian.

Terdapat juga mahasiswa di universiti milik kerajaan negeri itu terpaksa berhenti ekoran masalah sama.

"Kita dah suarakan bertahun-tahun jangan sampai begitu. Sepatutnya ada usaha daripada negeri.

“Saya dah sebut kepada menteri besar baru dan sebut pada naib canselor agar jangan buat begitu. Kalau mahasiswa sah dari keluarga miskin mesti benarkan (ambil peperiksaan)," kata beliau.
Anwar berkata Azmin akan membincangkan isu ini dan mewujudkan satu mekanisme baru bagi mengatasi hal ini.

"Saya percaya perlu ada mekanisme dan ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri," kata beliau.





.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.