Pemimpin sayap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut agar pemimpin
tertinggi parti tersebut segera menyelesaikan krisis di Selangor dan
mengelakkan pergeseran dengan istana.
Dalam dua kenyataan berasingan dengan kandungan hampir sama, dua kumpulan tersebut menyatakan kebimbangan bahawa tindakan melengah-lengahkan pelantikan menteri besar baru akan menimbulkan kemarahan rakyat.
“Kami pimpinan anak muda di peringkat akar umbi merasakan sudah tiba masanya satu keputusan muktamad dicapai bagi mengakhiri krisis politik yang telah berlanjutan untuk sekian lama ini.
“Kami khuatir sekiranya lebih lama krisis ini dibiarkan berpanjangan, ia bakal mengundang kemarahan rakyat yang semakin resah dan gusar dengan perkembangan mutakhir ini,” kenyataan mereka dipetik.
Sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa timbalan presidennya, Azmin Ali kini melobi agar PKR memenuhi permintaan istana Selangor agar parti itu mengemukakan lebih dari dua nama untuk jawatan menteri besar.
Ini bagi mengelakkan persepsi bahawa PKR menentang sultan, menurut sumber tersebut yang menjangkakan lebih ramai pemimpin AMK mengeluarkan kenyataan sama.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan untuk mengemukakan hanya satu nama, presiden parti yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walau selepas teguran istana.
Senarai pemimpin AMK yang menyokong kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyertakan nama ketua pergerakan itu sendiri, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sebaliknya, kenyataan berasingan itu disokong oleh para naib pengerusi AMK Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar, serta anggota exco AMK, Ammar Gazali.
Ketiga-tiganya dilihat menyokong kumpulan Azmin, manakala Nik Nazmi menyokong Wan Azizah.
Pemimpin lain yang menyokong dua kenyataan itu adalah para ketua cabang dan timbalan masing-masing dari Selangor dan Perlis.
Sekiranya PKR memenuhi permintaan sultan Selangor, Azmin berpeluang lebih besar untuk dilantik ke jawatan menteri besar sekiranya namanya termasuk dalam senarai untuk diteliti oleh baginda.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.