Followers

Thursday, September 11, 2014

Aku Peduli Apa: Bergomollah Puak-Puak Mu Wahai PAS!

Kalau dah puak-puak tahu undang-undang pun berselisih pendapat inikan pulak ahli biasa

Ini terjadi bukan apa, kerana ada yang sokong melulu dan ada pula yang benar-benar faham undang-undang dan mentafsirkannya dengan ikhlas.

Tapi biasalahkan......ayat Alqur'an lagi boleh ditafrsirkan mengikut kehendak masing-masing!

Undang-undang memang yang boleh manipulasinya adalah yang tahu undang-undang
Tafsir Qur'an pula pastinya yang celik arab dan Qur'anlah. Yang buta arab mana boleh buat benda tu!


LUHAM Terengganu pertahan Hadi Awang
 



KENYATAAN RASMI LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM) PAS NEGERI TERENGGANU BERHUBUNG PENAFSIRAN PERLEMBAGAAN PAS

Kami menyatakan pendirian bahawa kami tidak bersetuju dengan Kenyataan Rasmi LUHAM Pas Pusat yang dibuat pada 9hb September, 2014.

Kami ingin menegaskan bahawa Wakil dari LUHAM Pas Terengganu tidak dipanggil untuk menghadiri mesyuarat pada 8 September 2014 dan oleh itu pendapat LUHAM Pas Pusat tersebut tidak mewakili semua anggota jawatankuasa LUHAM di peringkat negeri-negeri.

Berhubung dengan penafsiran undang-undang oleh Majlis Syura Ulama’, kami berpendapat bahawa LUHAM Pusat tidak diberikuasa oleh Perlembagaan PAS untuk membuat tafsiran undang-undang berkenaan dengan Perlembagaan PAS atas hujah-hujah berikut:

PAS adalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya.

Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebut : “Dasar PAS adalah ISLAM” memandangkan PAS adalah sebuah Parti Politik yang menjadikan ISLAM sebagai dasarnya Fasal 7 (1) memperuntukkan :

“Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS adalah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMA’ ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan PAS.

Fasal ini menjadikan sumber Hukum Syariah Islam sebagai Hukum tertinggi di dalam parti bahkan Muktamar Agong PAS pun adalah terikat dengan sumber hukum Syariah ini.

Perlembagaan ini bukannya undang-undang tertinggi di dalam parti yang mengatasi Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagaimana perlembagaan Negara Malaysia dan Perlembagaan mana-mana parti lain.

Bagi memastikan halatuju PAS sentiasa berada pada landasan Islam, Majlis Syura Ulama ditubuhkan sebagai badan pemandu yang memandu muktamar, dan badan-badan yang ditubuhkan dibawah perlembagaan ini agar sentiasa berada di bawah dasar ISLAM.

Fasal 8 (1) menyebut : “Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan dalam fasal 7 (2) di atas (MuktamarTahunan) dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini tidak terkeluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukkan di bawah fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang di peruntukkan di bawah fasal 3 Perlembagaan ini, maka, hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan “Majlis Syura Ulamak” dan diberi kepadanya kuasa-kuasa berikut :

Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memilhara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.

Peruntukan ini memberi kuasa kpd MSU menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS (ISLAM) serta peruntukkan-peruntukan perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran. Oleh itu MSU dibawah perlembagaan PAS bertindak sebagai penjaga dasar dan perlembagaan “The guardian of ISLAM and the Constitution” yang membolehkannya mengatasi keputusan mana-mana badan dalam PAS hatta keputusan Muktamar sekalipun sekiranya keputusan tersebut menyalahi dasar PAS (ISLAM) dan tidak selari dengan Sumber-Sumber Syariah Islam (Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas).

Oleh itu peranan MSU adalah sebagai badan pemandu “supervisory body” kepada kesemua organisasi di dalam PAS dan bukannya sebagai badan yang dirujuk “Referral body” semata-mata.

MSU dibawah peruntukkan 8 (1) (b) boleh mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan ini termasuklah Jawatankuasa PAS PUSAT.

Berdasarkan Peruntukan fasal 8 (1) tersebut, adalah jelas niat penggubal perlembagaan ini untuk menjadikan Majlis Syura Ulama’ sebagai badan yang menjadi penjaga kepada dasar islam dan perlembagaan PAS agar keputusan, tindakan dan perbuatan badan-badan di dalam PAS tidak keluar dari dasar Islam.

Majlis Syura Ulama’ di beri kuasa tambahan di bawah fasal 88 (2) seperti berikut:

“Majlis Syura ‘Ulamak adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan tersebut tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktud dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.”

Fasal 88 (1) pada pandangan kami tidak menghadkan kuasa MSU sebagai badan yang membuat keputusan apabila dirujuk semata-mata kerana peruntukan tersebut pada pandangan kami tidak boleh dibaca bersama dengan peruntukan 8 (1) sebelum ini. Fasal 88 (1) menyebut :

“Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan ini hendaklah dirujuk di dalam Majlis Syura ‘Ulamak dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

Di bawah kedua-dua peruntukan ini ada 3 perkara yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura :

Dasar PAS (ISLAM). Ini disebut di dalam fasal 8 (1) (a) tetapi tidak disebut di dalam fasal 88 (1).

Perlembagaan PAS. Ini disebut di dalam kedua-dua fasal tersebut.

Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa Perlembagaan ini. Ini tidak disebut di dalam fasal 8 tetapi disebut di dalam fasal 88.

Justeru itu kedua-dua fasa adalah berbeza, jika kita katakan bahawa Majlis Syura hanya boleh membuat tafsiran terhadap perlembagaan sekiranya dirujuk, bagaimana pula tafsiran mengenai dasar PAS, adakah ia juga memerlukan rujukan.

Apatah lagi Fasal 88 tersebut langsung tidak merujuk kepada fasal 8 bagi membolehkan kedua-duanya dibaca bersama.

Justeru itu, kami berpendapat bahawa MSU di bawah fasal 8(1) mempunyai kuasa untuk menafsirkan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya sama ada setelah dirujuk atau tanpa dirujuk.

Ini selari dengan tujuan penubuhannya sebagai penjaga dasar Islam dan Perlembagaan ini.

Tiada badan lain di dalam PAS yang diberikan kuasa untuk menghuraikan Dasar, Perlembagaan, Aturan dan Peraturan di dalam PAS memandangkan rujukan utama bagi penafsiran tersebut haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagaimana peruntukan fasal 7 (1) yang dirujuk sebelum ini.

Badan lain seperti LUHAM bolehlah dipanggil untuk memberi pendapat tetapi akhirnya hanya keputusan MSU sahaja yang mengikat parti mengikut Perlembagaan.

Kami juga berpendapat bahawa fasal 26 (1) (a) adalah bersifat umum dan memerlukan perincian bagi memastikan Presiden dapat memainkan peranannya sebagai Ketua pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Fasal 26 (1) (a) menyebut :

“Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukkannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan mengenainya.”

Kami juga berpendapat bahawa tindakan MSU yang membuat keputusan berkait dengan perlantikan Menteri Besar Selangor adalah selari dengan kuasanya yang diberikan di bawah peruntukan fasal 8 (1) (b) ataupun peruntukan fasal 88 (2) yang dirujuk sebelum ini dan keputusan tersebut haruslah dihormati dan dipatuhi mengikut Perlembagaan PAS.

Sekian, Terimakasih

MOHD SAIFUDIN OTHMAN (Pengerusi LUHAM PAS Negeri Terengganu) FATHI ‘AZIZ BIN ABU BAKAR (Pengerusi JUHAM Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Read more: http://mountdweller.blogspot.com/2014/09/aku-peduli-apa-bergomollah-puak-puak-mu.html#ixzz3CzWYtci4

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.