Sesuai untuk ditujukan kepada YB Saari Sungip yang sanggup membuat
keputusan ‘menentang arus’ ketika partinya sedang ‘berkira-kira’ untuk
membuat keputusan samada (mungkin!) untuk terus bersama Pakatan Rakyat
ataupun ‘meninggalkan’ sahabat lama yang sedang ‘nazak’.
Tindakan YB
Saari Sungip dari PAS membayangkan iltizam yang terlalu tinggi untuk
terus bersama-sama berjuang menyokong terus Pakatan Rakyat.
Memang wajar bagi YB dari Ulu Kelang ini mengambil tindakan sedemikian memandangkan ‘persahabatan’ yang telah terjalin antara PAS, DAP dan PKR telah agak sekian lama
terjalin dan tentulah amat sukar untuk menyatukan semula jika berlaku
sesuatu keadaan yang tidak diingini.
Sebagaimana yang dinyatakan beliau
bahawa persoalan tentang siapa yang akan menggantikan TS Khalid adalah
merupakan ‘perkara kecil’ berbanding dengan isu keruntuhan sebuah
kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang telah sekian lama dibina
semenjak tahun 1998.
“I would like to remind my colleagues in PAS that we have built this strength from 1998... and we used it to bring fresh air to politics by creating a two-party system.
…So, why do we want to give up this strength? To rebuild this will take
another 20 to 30 years. We have gone through it” (Malaysiakini 12 Ogos
2014)
Dan
perlu diingat oleh kepimpanan PAS secara umumnya, bahawa adalah amat
tidak rasional dan lojik sekiranya penanganan isu kemelut Selangor
dilihat melalui perspektif yang sempit.
Harus diingat bahawa kelahiran
Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah menelurkan kesan yanga amat besar
kepada senario politik tanah air.
PR yang telah melahirkan sebenar-benarnya Bangsa Malaysia
yang sudah mula memahami perasaan dan aspirasi rakyat Malaysia yang
sebenar.
Rakyat Malaysia amat yakin bahawa PR akan memulakan ‘kehidupan
baru’ bagi rakyat Malaysia sekiranya berjaya menawan Puterajaya.
Bermakna rakyat telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada
Pakatan Rakyat.
Kini
nampaknya harapan rakyat hampir berkecai dengan tercetusnya kemelut
Selangor ini apatah lagi sekiranya PAS sudah mula ‘goyang’ dengan
kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.
Dalam artikel
berjodol, Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB’ bertarikh 12
Ogos 2014 (Malaysiakini) menyatakan bahawa, Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan
berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini’
Apakah
‘muslihat’ pemimpin tertinggi PAS ini sehinggakan sanggup ‘mengenepikan’
hasrat ‘kawan’ yang betul-betul mengharapkan pertolongan dalam keadaan
saat-saat yang memerlukan pertolongan.
Apakah pemimpin berkenaan ‘mahu
menahan lukah di pergentingan?’ atau sedang ‘menangguk di air keruh’.
Apakah kepimpinan PAS sudah melupakan ‘falsafah’ yang dipegang selama
ini bahawa sebarang masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan
‘akan bersetuju’ dengan isu-isu yang dipersetujukan disamping terus
merundingkan isu –isu yang tergantung ( yang belum sesuai untuk
diselesaikan’.
Bukan
semua pemimpin PAS yang bersikap demikian. Tidak. Ramai yang sudah
memahami senario politik Malaysia Kurun ke 21 disamping sedar tentang
perkembangan politik di dunia.
Sudah ramai pemimpin PAS yang sudah
keluar dari ‘bawah tempurung’ dan mula ‘mengenali dunia’ yang penuh
dengan reality.
Walau bagaimana pun masih terdapat segelintir pemimpin PAS yang masih
‘bergelumang’ dalam ‘cocoon’ mereka yang tersendiri dan seolah-olah
menganggap bahawa ‘dunia’ mereka adalah yang paling ideal di dunia ini.
Amat
tidak wajar rasanya apabila ada pemipin tertinggi PAS yang menawarkan
keahlian PAS kepada TS Khalid Ibrahim, sejurus selepas TS Khalid dipecat
daripada PKR.
Apakah pemimpin berkenaan tidak tahu ‘adab’ dan
tatasusila dalam berparti terutama apabila mengaitkan parti kawan dalam
satu pakatan.
Apakah pemmpin sedemikian tidak ada ‘empathy’ untuk
meletakkan dirinya di pihak yang bertentangan. Yang sedihnya ‘perlakuan’
sebegini dilakukan oleh ‘sekerat-dua’ pemimpin kanan dalam PAS.
Sedikit
sebanyak keadaan dan imej Pakatan Rakyat kini, sudah tercalar. Banyak
kenyataan-kenyataan yang dihamburkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab telah ‘mengecilkan hati’ banyak pihak. Bak kata pepatah Melayu, ‘ apabila mata berpandangan, maka budi kedapatan’.
Rakyat mula mempersoalkan kejujuran PAS dalam menangani isu kemelut Selangor ini. Apakah kepimpinan PAS (sebahagian pemimpinnya) betul-betul jujur untuk besama-sama dengan DAP dan PKR untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat ataupun hanya menunggu peluang untuk ‘menangguk di air keruh’.
Apakah begitu keadaannya?
abuhassanadam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.