Followers

Sunday, August 24, 2014

VIDEO - YB Johari Abdul kecewa Shamsul Iskandar tuduh JPP amal politik wang OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Photo: YB Johari Abdul kecewa Shamsul Iskandar tuduh JPP amal politik wang

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 23 August 2014

Pengarah JPP PKR Datuk Johari Abdul terkilan tindakan exco Pemuda PKR yang memboikot ucapan penangguhan Ketua Pemuda PKR baharu Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam.  

Pengarah Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul kecewa dengan tuduhan mantan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengatakan pihaknya mengamalkan politik wang.

Johari berkata, Pemuda PKR menuduh JPP menghalalkan tindakan itu dan menjadikan keputusan undi cabang terakhir di Pensiangan, Sabah sebagai modal untuk menyerangnya.

"Kita terkilan apabila bekas ketua Pemuda PKR menyebut tentang ini seolah-olah memberikan gambaran JPP menghalalkan tindakan yang digunakan pihak tertentu untuk mengaburkan mata kita.

"Percayalah JPP tidak pernah bersikap berat sebelah. Apa yang berlaku dalam pemilihan ini telus dan benar," katanya sebelum mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi baru PKR Pusat.

Beliau turut terkilan dengan tindakan exco Pemuda PKR semalam yang memboikot ucapan penangguhan Ketua Pemuda PKR baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan meninggalkan dewan.

"Saya amat terkilan dan sedih. Nampaknya pemimpin muda terpaksa kursus lebih panjang," katanya.

Katanya, mengikut perkiraan JPP, Nik Nazmi masih mendahului pesaingnya, Amirudin Sahri walaupun mendapat bantahan perkiraan undi.

"Kalau pun Pensiangan ada undi yang ragu kononnya ia dituduh undi ragu dan buat pemilihan semula... tanpa semua 77 (undi ragu) yang dipertikaikan, Nik Nazmi masih ada majoriti 173 undi," katanya.

Sementara itu, Shamsul Iskandar menafikan dakwaan Johari dan meminta Ahli Parlimen Sungai Petani itu menyemak semula laporan berita.

"Saya tidak pernah tuduh mana-mana pihak termasuk JPP untuk mengamalkan politk wang. Jadi kena semak semula laporan berita," katanya.

Beliau yang menang jawatan Naib Presiden PKR itu menggesa pemimpin Pemuda PKR bertenang dan yakin dengan kepimpinan Nik Nazmi dan timbalannya Dr Afif Bahardin menerajui sayap parti.

"Saya berharap satu keadaan baik dapat dicapai. Saya sifatkan hal ini hanya sementara.

"Marah orang muda, esok lusa akan bertaut kembali," katanya. – 23 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/johari-abdul-kecewa-shamsul-iskandar-tuduh-jpp-amal-politik-wang#sthash.jS5Jj5lg.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.